RSS Suria

15 tahun bayar, hutang belajar belum langsai! Jururawat nekad kerja di Singapura, setiap hari bangun pukul 3 pagi

RAMAI rakyat Malaysia sanggup bekerja di Singapura demi mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

Namun, di sebalik pendapatan lumayan yang diterima, mereka terpaksa berkorban banyak perkara termasuk masa dan tenaga.

Di Thread, seorang jururawat turut berkongsi rutin hariannya selepas dia memilih untuk bekerja di sebarang tambak.

Ramai yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. -Gambar hiasan AI

“Pukul 3 pagi bangun tidur dan bersiap. 3.30 pagi gerak dari Pulai Jaya dan sampai JB Sentral 4.30 pagi. Pukul 4.38 naik bas dari JB CIQ ke Woodland.

“Pukul 5.14 naik bas dari Woodland CIQ ke Newton, lepas tu jalan kaki ke tempat kerja. 5.46 sampailah di tempat kerja, boleh solat dulu,” kongsinya.

Menurut wanita itu, dia sememangnya keletihan menjalani rutin sebegitu namun terpaksa berulang alik antara dua negara kerana memikirkan anak-anaknya.

15 tahun kerja Malaysia tapi hutang PTPTN tak dapat nak langsaikan, walhal bayar je setiap bulan.

PENGADU

“Nangis punya nangis, dah sebulan kerja sini. Jauh dengan anak, seminggu sekali balik masa mula-mula tu. Sekarang ‘commute’ setiap hari je.

“Sebab memang tak boleh jauh dengan anak. Penat badan memang penat, tapi tahan je demi nak langsaikan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“15 tahun kerja Malaysia tapi hutang PTPTN tak dapat nak langsaikan, walhal bayar je setiap bulan. Ni ‘target’ kerja Singapura nak selesaikan semuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor puji melangit Singapura, ‘racun’ orang KL tukar kerja… Jamin boleh hilang rasa penat lepas tengok slip gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji besar kerja di Singapura, kawan-kawan seronok ‘pau’! Asyik minta belanja tapi tak pernah ucap terima kasih

“Tak nak lama-lama. Cukup suami seorang je kerja Singapura. Moga Allah bagi kekuatan,” tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen berkongsi tip kepada wanita itu bagi memudahkan perjalanan hariannya merentasi sempadan negara.

Netizen turut memberi kata-kata semangat buat dirinya agar dia terus kuat untuk mencari rezeki demi keluarganya, juga untuk melangsaikan hutang.

Ada individu terpaksa bangun awal pagi kerana jarak tempat kerja yang jauh. -Gambar hiasan

“Ya Allah peritkan naik public transport? Saya pernah merasa. Pergi kerja je dah memenatkan. Belum penat kerjanya lagi.

“Semoga cepat dapat bayar hutang sis. Tak kisah apa orang nak kata. Kita je tahu keluarga kita.

“Terus kuat. Ingat, awak bekerja untuk siapa… untuk masa depan anak-anak dan bebas hutang. Selamat maju jaya dan jaga diri,” antara komen netizen.

Scroll to Top