RSS Suria

Haidar Hasanudin pegang prinsip tak main telefon di set penggambaran, pasang impian berlakon filem ketenteraan

PELAKON Haidar Hasanudin bersyukur apabila sudah terbiasa tidak memegang telefon bimbit sewaktu penggambaran sedang dijalankan.

Memegang nasihat daripada pengarah Eyra Rahman, Haidar, 36, berkata, perkara itu membantu dirinya lebih fokus dalam menjiwai karakter yang perlu dilakonkan.

Haidar pasang impian berlakon filem kententeraan.

“Saya bersyukur awal pembabitan dalam industri seni Eyra adalah pengarah terawal saya bekerjasama.

“Saya pegang didikan dia iaitu jangan main telefon bimbit di set penggambaran dan sampai sekarang sudah terbiasa.

“Sebagai pelakon kena beri tumpuan pada karakter sebab kalau tengok telefon bimbit ia akan mengganggu lakonan jadi perlu dielakkan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haidar memberitahu dia memasang impian untuk berlakon filem suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan watak Arjuna, Haidar Hasanudin ditawar jadi ‘anak ikan’… Tiada masalah lakon babak kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik tidak ‘terkorban’, Haidar Hasanudin nyaris disondol lembu

Tambah Haidar, dia juga teringin untuk membawakan watak dalam unit beruniform memandangkan bapanya merupakan bekas tentera.

“Berlakon filem adalah impian buat semua pelakon, sebab ia berbeza dengan dunia drama.

“Pernah dapat tawaran tapi waktu itu bercanggah dengan jadual kerja lain jadi saya terpaksa tolak. Harap ada peluang lagi selepas ini.

“Kalau boleh saya mahu berlakon filem melibatkan unit beruniform sebab ayah bekas tentera, jadi teringin nak sarung baju itu” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top