RSS Suria

Fazura luah emosi lihat keberanian Fatima, percaya terus hidup bahagia berdua

PELAKON dan usahawan Nur Fazura meluahkan rasa bangga melihat keberanian anaknya iaitu Nur Fatima Aisya, 5, yang berjaya membuat persembahan tarian tradisi sempena hari kebudayaan di sekolahnya.

Berkongsi keterujaan sebagai seorang ibu, bagi Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, ia juga menggambarkan kekuatan peribadi anaknya ittu dalam menjalani kehidupan harian mereka bersama.

“Sebagai seorang ibu, saya bangga dengan keberanian, kebijaksanaan dan berdikari yang kamu (Fatima) tunjuk hari-hari.

Fazura bangga dengan Fatima.

“Semua itu buat saya sendiri rasa lebih kuat dan percaya yang kita berdua boleh jalani hidup ini dengan lebih bahagia, walaupun cuma kita berdua sahaja,” katanya.

Fazura berkongsi perasaan kagumnya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Pelakon itu turut menitip pesan kepada Fatima akan hubungan mereka yang sentiasa kekal walau berdepan pelbagai cabaran.

“Saya harap kamu tahu dan akan sentiasa ingat yang saya ada untuk kamu dan akan tetap ada tidak kira apa pun yang terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura belum terfikir cari pengganti lepas cerai, kongsi aura positif dalam lagu baharu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kontroversi hutang RM4.65 juta, Fazura tak mahu komen lebih… "Saya dan syarikat entiti berbeza"

“Ke mana pun kamu pergi, walau hidup bawa kamu jauh mana sekalipun, ingat, sayalah ‘rumah’ kamu, tempat kamu boleh pulang bila-bila masa,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Fazura kerana walaupun sibuk dengan kerja, dia tetap ada masa untuk saksikan persembahan Fatima di sekolah.

Malah mereka berpendapat, rugi bagi mana-mana ibu bapa terlepas menyaksikan momen sebegitu.

“Fakta tentang Fazura, walaupun seorang wanita yang sangat sibuk, tetap ada masa buat anak.

Fazura ketika menyaksikan persembahan Fatima.

“Sebagai seorang ibu memang akan ada rasa bangga, seronok dan sebak lihat setiap perkembangan anak. Jalan terus Fazura.

“Inilah momen yang anak-anak akan kenang bila mereka besar. Rugi kalau mana-mana ibu bapa ketinggalan momen tersebut,” tulis netizen.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017, namun jodoh mereka berakhir pada 7 Oktober tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top