RSS Suria

“Mereka perhati siapa makan banyak” – Wanita geli hati hadap perangai mentua kedekut durian, siap sorok dalam peti sejuk

SETIAP kali tibanya musim durian, pelbagai kisah menarik dikongsikan peminat raja buah itu di media sosial.

Terbaharu seorang wanita berkongsi pengalaman lucu berkaitan buah durian ketika tinggal di rumah mentuanya.

Menurut cerita wanita berkenaan, keluarga ibu bapa mentuannya adalah ‘hantu’ durian dan mereka dilihat seperti agak keberatan untuk berkongsi buah yang agak mahal harganya itu.

Durian sentiasamenjadi pilihan ramai walaupun ia dijadikan dalam pelbagai bentuk termasuk crepe. -Gambar hiasanDurian sentiasa menjadi pilihan ramai walaupun ia dijadikan dalam pelbagai bentuk termasuk crepe. -Gambar hiasan

“Abang ipar bawa balik durian ketika suami tiada di rumah. Aku pula ketika itu nak solat kat tingkat atas… dapat la bau durian tu dan pada masa sama anak buah memanggil.

“Habis solat aku turun bawah, tengok keadaan santai macam tiada apa-apa, sebut pasal durian pun tidak.

“Aku memang segan nak makan kalau bukan laki aku yang beli, jadi aku abaikan pasal durian,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu beli durian suruh makan, tapi anak buat sistem barter dengan pengedar dadah! – "Dia tukar ambil methamphetamine"

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas makan durian, kulitnya jangan dibuang… Boleh buat baja organik, tanaman jadi gemuk

Yang menggelikan hati wanita itu, durian berkenaan tersimpan di dalam peti sejuk tetapi dia masih tidak dipelawa untuk menjamah.

“Bau durian tu semerbak sampai atas, apabila turun mereka buat macam tiada durian langsung. Beberapa hari lepas tu baru mentua keluarkan dan pelawa suami aku makan.

“Masa tu aku ada sekali, barulah aku pun dipelawa makan tapi maaf la, aku memang tak jamah pun,” katanya lagi.

Saya pernah kena marah sebab makan di rumah mentua, mereka suruh suami beli sendiri kalau anak bini dia nak makan.

NETIZEN

Tambah wanita itu dia tidak berkecil hati dengan sikap mentuannya itu dan sehingga hari ini mereka masih bersikap sedemikian.

“Aku akan makan durian apabila masing-masing kongsi beli dan laki aku ada sekali. Tu pun aku makan sikit je buat rasa.

“Lagi pun mentua aku akan perhati siapa makan banyak. Nanti apabila dia sembang dengan sesiapa, dia akan sebut nama yang makan banyak tu.

“Pernah dengar dia sebut nama si ‘A’. Lucu… makan salah, tak makan pun salah,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Bagi netizen, situasi yang dihadapi wanita itu normal kerana memang terdapat golongan yang keberatan atau kedekut untuk berkongsi makanan.

“Saya pernah hadap orang macam ni, menyampah! Baik kau tak payah makan depan orang dan menunjuk-nunjuk.

“Saya pernah kena marah sebab makan di rumah mentua, mereka suruh suami beli sendiri kalau anak bini dia nak makan.

“Ok lagi, yang saya ni siap dia sebut durian ni untuk siapa, walaupun duit laki aku pun dia boleh cakap macam tu,” kata warga maya.

Scroll to Top