PELAKON Riena Diana berang dengan tindakan segelintir netizen yang menyebarkan khabar angin kurang menyenangkan mengenai dirinya sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental sendiri.
Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata dia tidak lagi akan berdiam apabila ada yang pihak yang terbuka mengkritik dirinya di media sosial.
“Aku memang marah. Aku gelak-gelak buat lawak bodoh semua tak bermakna korang boleh pijak!
Riena sudah puas bersabar dengan kerenah netizen.
“Aku dekat sini kongsi fasal kerja dan sedikit mengenai kehidupan aku, bukan untuk korang komen lebih-lebih sebab benda-benda ini korang kacau mental aku.
“Aku cukup-cukup sudah bagi muka dekat netizen yang mulut jahat ini,” katanya.
Riena berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin berserta beberapa komen negatif di TikTok yang menyebarkan kisah buruk mengenai dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana sudah ada nama Islam untuk kekasih hati, Keith Foo mahu dalami agama sebelum nikah
ARTIKEL BERKAITAN: Jiwang betul Keith Foo sekarang, luah kata-kata romantis buat Riena Diana
Lebih membuatkan dia marah apabila ada yang mengakui sebagai jiran kepada neneknya dan tuduhan yang dibuat itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan ahli keluarga.
“Tapi korang melampau kalau pandai-pandai komen cakap jiran nenek aku. Macam korang yang paling tahu.
“Tak termasuk komen cakap mak bapa aku sudah mati. Tak rasa berdosa ke menghukum hidup orang macam itu? Keluarga korang sempurna sangat ke?
Jangan sibuk nak sampaikan berita tak sahih!
RIENA DIANA
PELAKON
“Jangan buat aku gaduh satu keluarga sebab mulut korang,” luahnya.
Susulan berdepan isu sebegitu, pelakon ini juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berani menyebar fitnah tentang dirinya.
Tambah Riena dia bertegas kerana mahu membersihkan namanya dan enggan menimbulkan lebih banyak salah faham dalam kalangan peminat.
Riena mahu ambil tindakan undang-undang.
“Jangan sibuk nak sampaikan berita tak sahih dan komen negatif fasal aku. Korang bagus sangat ke? Get A life!
“Sekejap lagi aku saman seekor-ekor yang tulis merepek baru korang takut gelabah. Biar korang rasa sikit tahu nak letak batas. Jangan jadi bengap!
“Aku memang benci dan tak nak jadi baik lagi, mari sini aku tunjuk karakter sebenar aku,” tegasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube