RSS Suria

Uyaina Arshad kini berani bersuara, kutuk tindakan buli siber

SERING kali berdepan dengan kritikan, pengacara Uyaina Arshad kini tidak lagi berdiam apabila ada yang terbuka terus menghentam dirinya.

Menganggap ia sebagai satu tindakan buli siber bagi Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, perbuatan sebegit juga tidak sepatutnya menjadi amalan dalam kalangan pengguna media sosial.

"Ini bukan kali pertama saya kena buli siber, dan kebanyakkannya saya memilih untuk tidak layan cuma bukan kali ini.

Antara netizen yang mengatak Uyaina di media sosial.

"Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam ni? Adakah perkara ini normal? Sikap begini diterima ke di zaman 2025 ini?

"Mana-mana komen yang boleh saya perbaiki diri, saya akan cuba perbaiki. Tapi yang serang bersifat peribadi itu adalah buli siber dan itu tak okay,” katanya.

Uyaina menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Isnin menjawab kepada kritikan seorang individu yang meluahkan rasa kurang senang terhadap cara dia mengendalikan program di televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad kekal tenang, tak melatah netizen petik nama bakal disaman ‘Abang Bas’

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad disangka hamil lagi, ‘kangaroo pouch’ susah nak hilang selepas bersalin

Tambahnya sebagai seorang yang sudah berpengalam dia sedar tidak semua orang akan dapat terima caranya ketika menjadi pengacara.

"Saya faham, kita tak boleh nak buat semua orang. Kalau sepanjang sembilan tahun saya mengacara atau berlakon, ada yang tak suka, itu hak masing-masing.

"Yang penting, saya jalankan tanggungjawab sebagai pengacara sebaiknya. Menghiburkan, menyampaikan ilmu, info dan maklumat yang berguna kepada masyarakat,” ujarnya.

Uyaina akur tidak semua orang menyukai dirinya.

Sebelum ini seorang indvidu secara terbuka menulis enggan menonton rancangan yang dikendalikan oleh Uyaina setiap kali dia muncul di televisyen.

Hantaran tersebut juga mendapat respons pelbagai termasuk segelintir yang juga bersetuju meluahkan perasaan tidak suka terhadap Uyaina.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top