RSS Suria

Wanita dicurangi guna cara halus hukum pasangan… Mesej perosak rumah tangga ‘kutip’ suami sakit tengah malam

LULUH hati seorang isteri apabila mengetahui suami yang dicintai berlaku curang dengan wanita lain.

Meskipun marah, namun wanita ini memilih untuk bersikap profesional dan menjaga emosinya daripada memarahi si suami.

Berkongsi kisah di media sosial, wanita itu berkata dia mengumpul kekuatan untuk menghubungi individu yang mengganggu rumah tangganya supaya menjaga suaminya yang sakit.

“Masa dia demam, aku langsung tak jaga. Aku tanya dia nak pergi klinik atau tidak? Kemudian aku minta telefon untuk hubungi teman wanita dia.

Pasangan suami isteri dianjurkan untuk berbincang sekiranya mempunyai konflik. -Gambar hiasan AI

Pasangan suami isteri dianjurkan untuk berbincang sekiranya mempunyai konflik. -Gambar hiasan AI

“Kemudian aku keluarkan bagasi dan berdiri depan dia, aku tanya apa yang dia nak bawa supaya aku boleh tolong kemaskan.

“Aku pun ambil telefon dia dan mesej sendiri perempuan tu, aku tulis… nak datang ambil pukul berapa sayang you ni, I nak tidur dah dan nak kunci pintu. Tak kesian ke demam-demam kena tidur luar, sejuk,” ujarnya.

Mengakui tidak sedih dengan situasi yang berlaku, dia berharap dapat menyelesaikan konflik rumah tangga dengan cepat.

Pada masa sama dia ingin mengelakkan diri supaya tidak menjerit-jerit sebagaimana yang dilakukan kebanyakan mangsa pasangan curang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja jurujual berzina dengan janda! Mesej TikTok bongkar segala rahsia – "Sekarang sales dia tak berapa ada"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘kantoi’ curang selepas 29 jam akad nikah, influencer upah penyiasat persendirian cari bukti

Tambahan pula, anak-anaknya sedang tidur dan bimbang sekiranya kesemua mereka terkejut.

“Hari-hari mendatang berjalan macam biasa, hari lahir dia dah tak diraikan.

“Rasa hidup aku kosong sangat lepas baca perbualan mereka. Nak bercinta pun, janganlah burukkan aku, tak rasa bersalah ke?

“Paling aku sedih di saat titik rendah dalam hidup ni, tak ada sesiapa di sisi aku untuk aku luahkan,” adunya sayu.

Kenapa orang curang ni hidup atas belas ihsan isteri? Masa nak curang tu, tak terfikir ke yang dia pun ditanggung.

WARGA MAYA

Kesedihan yang dialaminya itu membuatkan dia meminta suaminya untuk keluar dari rumah yang didiami mereka sekeluarga.

Namun malangnya, lelaki terbabit bukan sahaja enggan malah mempersoalkan kenapa dia perlu keluar.

“Selama ini elok je aku tak berkira, tapi apabila jadi macam ni, aku kenalah berkira.

“Aku tanya dia sama ada sayang (kekasih) dia tu tahu yang selama ini aku yang tanggung bil, perbelanjaan dapur, pakaian dan seluar dalam dia.

Ramai yang setuju dengan caranya menghukum suami.

Ramai yang setuju dengan caranya menghukum suami.

“Kereta pun aku yang tolong topup kalau ada bulan yang dia tak cukup,” tambahnya lagi.

Luahan yang dibuatnya itu mengundang rasa simpati warga maya.

Ramai yang setuju dengan tindakan dilakukan pengadu supaya menjadi pengarajaran kepada suaminya yang disifatkan sebagai tidak kenang budi.

“Sakit hati tengok lelaki macam ni, minta dijauhkan.

“Kakak dah cukup baik, kalau saya terus ambil kain baju dia letak di luar, nak sangatkan… aku nak mampus kerja, kau buat hal.

“Aku siap nak pergi pinangkan teman wanita bekas suami, tapi dia pula tak mahu.

“Kenapa orang curang ni hidup atas belas ihsan isteri? Masa nak curang tu, tak terfikir ke yang dia pun ditanggung,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top