RSS Suria

Geng pemberi sewa kereta bangga borak teknologi sekat penyewa culas, niat jahat… Lupa penjenayah pun bijak juga

PENGUSAHA khidmat kereta sewa biasanya mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk memastikan kenderaan mereka dikembalikan dengan selamat oleh pelanggan.

Di Facebook, seorang wanita tular selepas berkongsi tentang teknologi yang digunakan oleh suaminya semasa menjalankan perniagaan kereta sewa.

Menurut wanita itu, teknologi tersebut membolehkan suaminya mematikan enjin kereta dari jarak jauh jika ia tidak dihantar oleh penyewa.

Segelintir penyewa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kerosakan pada kereta. -Gambar hiasan AI

“Suami buat kereta sewa sebelum ni. Kalau orang pelik-pelik, tak hantar pulang atau tak bayar tapi kereta masih bergerak ke sana-sini, suami matikan kereta tu guna dirrect message.

“Baru terkapai-kapai orang tu nak WhatsApp kata kereta tak boleh hidup,” kongsi wanita itu.

Susulan perkongsian wanita itu, beberapa pemilik kereta sewa yang lain turut tampil di hantaran sama untuk bercerita mengenai kaedah digunakan mereka.

Biasa pencuri tahu GPS kat mana, mereka akan matikan terus.

NETIZEN

“Saya pun buat bisnes kereta sewa. Guna GPS Tracker yang ada fungsi cut off enjin.

“Yang jenis bawa kereta dah habis tarikh sewa tapi tak inform, tak angkat call, mesej tak balas, memang saya matikan enjin terus,” tulisnya.

Seorang lagi wanita turut berkongsi tentang kaedah sama yang dilakukan oleh suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes maju, kereta banyak tapi duduk rumah sewa… Lelaki ini bahagia bayar RM210 sebulan sejak 14 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: "Done block penyewa!" – Tauke kereta sewa sakit hati tengok kerusi penuh lumpur kering, minyak grease sampai ke bumbung

“Pernah berlaku. Pelanggan sambung sehari tapi lambat bayar. Suami call banyak kali tak angkat. Terus suami matikan enjin masa dia parking.

“Berkicap (berpeluh) pelanggan tu tolak kereta. Gelabah dia call balik. Bayangkan perempuan kena tolak kereta,” tulis wanita itu.

Di ruangan komen pula, netizen memberi peringatan kepada pemilik kereta agar berhati-hati kerana penjenayah juga ‘bijak’ menggunakan teknologi.

Bisnes sewa kereta boleh menjana pendapatan lumayan buat pemiliknya. -Gambar hiasan AI

“Dulu boleh la buat begitu. Sekarang zaman canggih. Boleh guna sesuatu untuk sekat GPS tu. Masa tu jangan kata nak matikan enjin, nak tahu kat mana pun tak boleh.

“Kena bijak juga sebab kalau pencuri niat nak curi dan jual, mesti dia akan potong kabel GPS. Jadi kena buat alternatif lain.

“Maaf ini cara beginner je. Belum kena buku dengan ruas. Kalau silap off enjin, awak datang tinggal rangka je nanti.

“Biasa pencuri tahu GPS kat mana, mereka akan matikan terus,” tulis netizen.

Scroll to Top