RSS Suria

[V] Pemandu Myvi enggan ‘beralah’ dengan gajah, bahayakan nyawa orang lain di Jalan Gerik-Jeli

PEMANDU diingatkan agar sentiasa berwaspada ketika menggunakan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli memandangkan ia sering menjadi lokasi gajah melintas.

Banyak perkongsian di media sosial sebelum ini yang mengingatkan pemandu agar menghentikan kenderaan sekiranya mereka melihat gajah mahu melintas jalan.

Pada Khamis, tular video [Tonton Video] memaparkan sebuah Perodua Myvi yang dilihat cuba meneruskan pemanduan walaupun terdapat seekor gajah sedang berada di tepi jalan.

Beberapa kenderaan termasuk lori terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada gajah berkenaan.

Ketika itu, beberapa buah kenderaan lain termasuk lori sudah berhenti bagi memberi ruang kepada mamalia berkenaan untuk melintas jalan.

Tindakan pemandu Myvi itu ternyata menarik perhatian gajah berkenaan sehingga ia mula bergerak ke arah jalan raya.

Gajah itu dilihat beberapa kali mengangkat belalainya ketika berada dekat dengan kereta Myvi tersebut.

Sebenarnya gajah dah nak masuk balik ke dalam hutan tu. Tapi bila Myvi tu tiba-tiba jalan, terus ia nak terkam Myvi tu.

MAMU KHABIR

Tidak lama kemudian barulah gajah itu melintas ke seberang jalan untuk masuk semula ke kawasan hutan.

Saksi kejadian, Mamu Khabir turut memuat naik video kejadian itu ke aplikasi TikTok sehingga ia menerima lebih 300,000 tontonan.

“Bodoh punya Myvi. Nasib baik tak kena pijak dengan ‘pak long’.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdoa tak mahu jumpa gajah, pemandu lori terkejut ‘ditegur’ bunian di laluan Gerik-Jeli – "Pakai baju putih, muka kabur"

ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna laluan Gerik-Jeli beri sebab perlu elak memandu lepas waktu Maghrib… Jika jumpa gajah, perhati kedudukan telinga!

“Kerana kebodohan Myvi, orang lain jadi gelabah. 10 Julai 2025, Bukit Jeli-Gerik.

“Sebenarnya gajah dah nak masuk balik ke dalam hutan tu. Tapi bila Myvi tu tiba-tiba jalan, terus ia nak terkam Myvi tu,” tulisnya pada kapsyen video.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan kurang sensitif pemandu Myvi itu yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Pada penghujung rakaman, gajah itu dilihat melintas ke seberang jalan tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Myvi nak tunjuk king. Dia tak tahu yang tu (gajah) bapak king.

“Cari tuan badan Myvi tu. Apa jenis orang la? Nak kata tak perasan, kereta-kereta lain semua dah berhenti.

“Nampak macam marah gajah tu,” tulis beberapa netizen.

Scroll to Top