SELEPAS tampil membuat persembahan di konsert Ulang Tahun ke-20 Mr. D.I.Y pada malam Jumaat, penyanyi Shila Amzah sempat berjumpa dan merakamkan gambar bersama beberapa rakan artis yang turut terlibat.
Berkongsi kegembiraan, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35, memberitahu mahu berehat sebelum kembali memberi fokus kepada tugasannya sebagai juri di program Raise The Star.
“Gembira dapat berjumpa kakak saya Jacyln Victor dan Ella. Maaf tak dapat sembang lama tadi.
“Tak sempat nak ambil gambar dengan abang Awie tadi. Jumpa lagi. Persembahan yang hebat hari ini.
Shila bergambar dengan Jaclyn di belakang pentas.
“Mari berehat dan fokus untuk Raise The Star pada Ahad,” katanya.
Menerusi hantaran tersebut Shila dilihat berbual ringkas ketika bertemu Ella dan turut merakamkan sekeping gambar bersama Jaclyn.
Namun perkongsian itu menjadi perhatian ramai selepas dia sebelum ini mendakwa diherdik seorang penyanyi legenda ketika membuat latihan sebelum konsert.
Menerusi ruangan komen rata-rata netizen sudah mula membuat andaian penyanyi yang dimaksudkan kerana Shila langsung tidak meletakkan nama artis tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Diherdik ‘tahulah apa nasib kau nanti’, Shila Amzah takut diancam penyanyi rock lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan terima laporan Shila Amzah diserang penyanyi legenda
“Semua Shila ada sebut, cuma satu orang sahaja tiada. Dah dapat klu, jadi orang itulah yang buat hal dengan Shila.
“Dah diberikan klu tu. Netizen boleh tenang dah. Shila pun selamat berehat ya.
“Faham-fahamlah siapa ye. Search sendiri,” komen netizen.
Pada acara yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur itu, Shila tampil sebagai artis pertama membuat persembahan.
Shila dakwa diseran penyanyi legenda ketika latihan.
Selesai menyampaikan tiga buah lagu, Shila kemudian terus pulang.
Nama Shila menjadi bualan selepas dia tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan terhadap seorang penyanyi legenda yang dikatakan mengherdik dirinya sehingga menimbulkan rasa tidak selamat.
Laporan polis dibuat pada pukul 5.31 petang Khamis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube