RAMAI warga emas yang sangat menyayangi cucu dan sanggup menjaga mereka tanpa mengeluh.
Namun, faktor usia dan keadaan fizikal menjadikan tugas menjaga bayi atau kanak-kanak sebagai satu beban kepada individu bergelar datuk dan nenek.
Di laman X, seorang adik meluahkan rasa kesal apabila abangnya sering meninggalkan anak-anak di rumah ibu mereka.
Ramai pasangan menghantar anak-anak ke rumah ibu bapa mereka ketika cuti. -Gambar hiasan AI
Tambah individu itu, dia kecewa dengan tindakan abang serta kakak ipar memandangkan ibunya kini sudah berusia 70 tahun.
“Mak ayah zaman sekarang ni memang suka lepas tangan ke? Abang aku ni pantang cuti atau hujung minggu, terus hantar anak-anak balik tidur rumah mak kami.
“Terus bagi mak aku jaga dari pagi sampai malam. Dia dan isteri selalu keluar. Benci aku tengok Instagram dia makan-makan, beli-belah dan tengok wayang,” tulisnya.
Aku tegur abang, dia marah-marah kata aku batu api sebab mak OK je.
ADIK
Menurut pengadu lagi, rutin harian ibunya juga berubah jika dia terpaksa menjaga cucu.
“Abang tak tanya mak aku sihat ke, ada hal ke? Kira lepas tangan sepenuhnya. Anak dia tidur, makan, tukar lampin, main, semua serah dekat mak.
“Mak selalu tidur lepas Isyak tapi bila ada budak-budak, kena tidur pukul 12 malam,” ceritanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Nenek 84 tahun gelisah kenang nasib cucu autisme yatim piatu, tak senang duduk fikir siapa boleh sambung tugas jaga anak syurga
ARTIKEL BERKAITAN: Berkat nenek baca Yasin di luar dewan peperiksaan, cucu raih keputusan SPM cemerlang – "Berjurai air mata sebab kau dik"
Tidak tahan melihat ibunya diperlakukan sedemikian, pengadu berkata dia pernah cuba berbincang namun akhirnya dimarahi abangnya.
Menurut pengadu lagi, ibunya juga tidak pernah bersuara memandangkan dia tidak mahu hal itu menjadi bualan keluarga besannya.
“Aku tegur abang, dia marah-marah kata aku batu api sebab mak okay je. Abang kata mak tak pernah cakap apa-apa. Mak aku memang jenis puaskan hati orang.
Warga emas perlu mendapat rehat secukupnya. -Gambar hiasan AI
“Dia bimbang kakak ipar cerita dekat besan dan mereka mengata. Mak dah 70 tahun, memang tak larat jaga cucu. Kenapa mak ayah tak reti tanggungjawab?
“Kakak ipar pun sama je macam abang. Mesti suka sebab tak jaga anak. Aku doakan abang aku berubah,” tulisnya lagi.