PELAWAK dan uasahawan Achey berkongsi pengalaman pahit apabila ditipu ketika menjalankan urus niaga motosikal.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 39, berkata, idea untuk jual beli motosikal datang selepas ramai pengikut di media sosial memberi cadangan agar dia mencuba bidang tersebut.
Namun begitu, Achey berdepan detik mengecewakan apabila seorang individu dari Johor menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk menukar motosikal jenis Yamaha RXZ dengan Yamaha X1R miliknya sebelum tiba-tiba menghilangkan diri.
Achey cuba-cuba meniaga motor selepas netizen mencadangkan perniagaan itu.
"Saya baru cuba-cuba berniaga motor hasil cadangan orang ramai dan tak sangka berjaya jual tiga buah motor sendiri.
"Kemudian ada orang dari Johor kata nak tukar Yamaha RXZ dia dengan Yamaha X1R saya . Selepas saya setuju, dia minta nak beli sebuah lagi motosikal model sama.
"Jadi saya tanya pengikut di media sosial dan ada seorang nak jual motosikal model sama. Jadi kami capai kata sepakat.
ARTIKEL BERKAITAN: Tumpang aura anak, air mata Achey gugur beri ucapan ulang tahun Tiara
ARTIKEL BERKAITAN: Achey dan keluarga berangkat ke Makkah 15 Januari, impian Tiara tengok Kaabah bakal terlaksana
“Tapi bila kami berdua dah sampai, individu terbabit terus hilang dan tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi mStar.
Achey yang menjadi orang tengah dalam urus niaga tersebut akhirnya terpaksa membeli motosikal pengikutnya itu menggunakan wang sendiri.
Pelawak itu bagaimanapun mengakui kejadian tersebut memberi pengajaran besar, terutama dalam berurusan dengan individu yang tidak dikenali secara dalam talian.
Achey dan pengikutnya ketika pembeli sebenar lesap ketika mahu berjumpa.
Susulan itu, Achey menegaskan dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan hanya akan berurusan sekiranya pembeli membuat bayaran deposit terlebih dahulu.
"Bahaya bila berurusan dengan orang yang suka manipulasi. Ada pihak berkuasa beritahu saya, situasi macam itu boleh dianggap sebagai satu rompakan.
"Perkara macam ini boleh berlaku. Saya ambil iktibar daripada apa yang terjadi dan selepas ini, apa-apa urusan mesti ada deposit dulu," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube