RSS Suria

Wanita cuba tahan, tapi terberak juga dalam kereta! Malang nasib polis pula tahan suruh berhenti tepi

SEORANG wanita berkongsi detik memalukan yang dilaluinya ketika perjalanan pulang selepas bertemu rakan yang menjadi bahan gurauan suaminya sehingga hari ini.

Kisah bermula apabila perutnya memulas ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Dalam keadaan gelisah, dia sempat menghubungi suaminya untuk meminta saranan bagi mengatasi masalah sakit perut berkenaan.

Menahan buang air besar boleh mengakibatkan masalah kesihatan. -Gambar hiasan AIMenahan daripada membuang air besar boleh mengakibatkan masalah kesihatan. -Gambar hiasan AI

Call suami cakap ‘sayang nak terberak‘. Macam-macam la cadangan dia, suruh kona sana sini, singgah rumah makcik la. Masalah sekarang, jalan jam.

“Sikit lagi nak sampai pam minyak sekali traffic light merah. Sekali terkentut, bukan angin je keluar, isi pun keluar sekali.

“Sama-sama terkeluar, lampu terus hijau. Berhambur gelak suami di hujung talian,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang telinga dengar jiran menggila maki hamun anak umur 5 tahun, berair mata tahu puncanya sebab berak dalam seluar

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terberak dalam seluar ketika marathon, tetap berlari sehingga berjaya pecah rekod perlumbaan

Tambahnya, dia membuat keputusan untuk tidak singgah ke stesen minyak berkenaan kerana tindakan itu lebih memalukan gara-gara pakaiannya sudah terkena najis.

Dia kemudian meneruskan perjalanan dengan tingkap dibuka dan penghawa dingin dimatikan, namun detik memalukannya masih belum berakhir.

“Ada roadblock (sekatan jalan) la pula. Kita ni dah la duduk tak jejak seat dah. Dari jauh nampak clear. Sekali dah dekat, makin banyak kereta di suruh ke tepi dan owner kena keluar.

“Ni kalau aku kena tahan ni memang naya. Sekali kena tahan daa, eh banyak tanya pula polis ni.

“Puan dari mana? Nak ke mana malam-malam ni? Duduk mana? Woi aku ni dah terberak dalam seluar ni, banyak pula kau tanya. Tapi cakap dalam hati je la,” katanya.

Ni la paling aku takutkan terberak dalam kereta.

NETIZEN

Katanya, selepas dibenarkan meneruskan pemanduan dia terus bergegas pulang ke rumah.

“Masuk je simpang rumah dah nampak suami depan pagar. Wah sakan ye dia gelakkan kita. Keluar kereta, dia terus tembak kita macam main air dekat taman tema.

“Terus buka seluar, ganti kain, masuk rumah, mandi. Nasib baik suami tolong bersihkan kereta. Sampai sekarang jadi bahan suami ye.

“Kalau kita cakap dia tak sayang, memang cerita dia bersihkan tahi tu comfirm keluar,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Walaupun perkongsian wanita itu lucu, namun beberapa netizen tampil mengaku turut pernah berdepan situasi memalukan itu.

“Saya pernah terkena kat pejabat. Bersin tapi terkeluar sekali sikit, mujur pejabat atas shopping mall terus cabut dulu yang dalam (pakaian), basuh masuk plastik.

“Ni la paling aku takutkan, terberak dalam kereta belum pernah lagi. Terkencing dalam kereta pernah.

“Kenangan. Dah tua-tua tercirit dalam seluar,” antara komen warga maya.

Scroll to Top