HANYA kerana salah faham kecil, hubungan antara seorang anak dan ibu kandung menjadi tegang sehingga barang kelengkapan rumah termasuk pintu dibakar.
Kisah menyayat hati itu dikongsikan seorang lelaki, dipercayai adik beradik kepada pelaku terbabit.
Dia yang dikenali sebagai Sham berkata, kisah bermula apabila adiknya itu menyuarakan hasrat untuk mengambil semula barang-barang yang pernah dibeli untuk kegunaan ibu mereka.
Pintu rumah yang tidak dibenarkan dibuka oleh ibunya.
“Mak bagi balik tapi minta tinggalkan pintu sebab bimbangkan keselamatan diri.
“Tapi dia berkeras dan minta RM500 kalau tak mahu dibuka sampai terpaksa membuat laporan polis.
“Memang hak dia setiap barang-barang yang dia bagi pada mak,” ujarnya menerusi hantaran di laman TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Hati anak hancur berkecai! Ibu buka hadiah ‘birthday’ tanpa izin, kantoi beli untuk diri sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gaduh dengan mak, anak derhaka kini menyesal! Ada sesuatu jentik hati lepas keluar rumah
Lebih menambah rasa pilu, kesemua barang yang telah dibawa keluar dan dilonggok berhampiran rumah ibu kemudiannya dibakar.
Tindakan tersebut membuatkan ibunya mengalirkan air mata.
“Kalau barang-barang tu hang bawa balik bakar dekat rumah hang, ikut suka la, tapi hang bakar depan mata mak sampai air mata mak jatuh.
Maaf cakap bukan biadap, kadang ada adik bradik lain suka cucuk mak sampai jadi pergaduhan.
WARGA MAYA
“Hang ‘tahana’ (kejam) dekat mak sendiri, tadi mak kutip bekas-bekas yang hang bakar tu, meleleh air mata dia,” tambahnya, yang turut sedih melihat sosok yang telah uzur itu menguis-nguis sisa kebakaran.
Menurut Sham, perkara yang paling menyedihkan adalah kipas yang pernah dihadiahkan kepada ibunya turut dimusnahkan.
“Allah, sedih tengok mak, suis kipas (yang) hang bagi (hang) hancur, tergamak hang buat sampai mak angkat sumpah.
Suis kipas rosak dan barang kelengkapan rumah yang dibakar anaknya.
“Mak cakap aku sakit, aku mati jangan mai (datang) tengok, sentuh mayat aku, nak tengok pi (pergi) kubuq,” ujarnya.
Malah katanya, rata-rata yang menyaksikan kejadian itu pada malam tersebut turut terkejut kerana wanita terbabit tidak pernah mengeluarkan kata-kata sedemikian.
Turut berkongsi video keadaan rumah dan sisa kebakaran, ujar Sham, tindakannya itu bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menyakiti ibu kandung sendiri.
Antara reaksi warga maya di ruangan komen.
Video berdurasi 1 minit 6 saat itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Ramai yang meluahkan rasa sedih selepas melihat keadaan rumah wanita warga emas itu, yang kosong.
“Mesti jenis adik beradik kaki ‘provoke’ hasut mak, bukan tak pernah jumpa orang macam ni.
“Dia beli banyak barang dekat mak dia, tandanya dia sayang, tapi apabila bakar tandanya dia marah. Tengok awak post di media sosial, saya rasa dah boleh agak kenapa dia bakar barang-barang tu, sebab sakit hati.
“Betul kesian kat orang tua tu tapi kita kena tahu punca kejadian. Maaf cakap bukan biadab, kadang ada adik bradik lain suka ‘cucuk’ mak sampai jadi pergaduhan,” demikian antara reaksi warga maya.