RSS Suria

Alya Iman berang dituduh perosak rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin… “Saya tak simpan nombor dia”

TIADA angin tiada ribut, pelakon Alya Iman dituduh menjadi punca pergolakan rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, mengaku terkejut apabila peminat pasangan selebriti itu menyerangnya di TikTok sekali gus menyangkal dakwaan tersebut.

“Saya tiada kena mengena. Hanya sebab drama kami tengah tayang sekarang saya pun kena serang.

Alya (kanan) dan Yusuf hanya kawan di set penggambaran.

“Saya tak tahu apa-apa masalah yang dia (Yusuf) hadapi. Tidak adil masalah rumah tangga dia, saya pula jadi kambing hitam,” katanya ketika dihubungi mStar.

Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa kes penyondol sebelum ini, Alya memberitahu dia sentiasa berusaha membersihkan nama baiknya.

Malah hubungan bersama Yusuf tidak lebih sekadar abang dan adik semasa di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran netizen buatkan Alya Iman nekad ‘berkampung’ di gim, berjaya turun berat selepas tiga minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Badan semakin berisi, makanan buat Alya Iman gembira

“Saya tak simpan nombor telefon dia demi menjaga nama baik bila berkerja dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

“Kami di set memang baik, saya anggap dia macam abang saja. Saya sangat profesional, di luar set saya memang tak akan hubungi dan berkawan dengan dia,” kongsinya.

Tambah Alya, dia bersedia berdepan dengan segala kontroversi atas perbuatannya bukan kerana tempias kisah orang lain.

Sebab itu betul dan saya sedia hadap.

ALYA IMAN

PELAKON

Tegasnya, dia juga enggan lagi dikaitkan dengan mana-mana kes orang ketiga kerana ingin mengekalkan nama baik yang ada.

“Saya tak kisah kalau viral mengenai perkara yang saya sendiri buat macam pakai baju seksi, saya tak kisah. Sebab itu betul dan saya sedia hadap.

“Kalau perkara yang cuba memfitnah saya tak berminat nak tahu sebab saya penat jaga nama baik,” luahnya.

Sebelum ini, Alya diserang netizen dengan pelbagai kata-kata yang kurang menyenangkan sehingga dia terpaksa menutup ruangan komen media sosialnya.

Komen netizen yang menyerang Alya dia media sosial.

Tuduhan itu mula timbul selepas Alya dan Yusof sama-sama membintangi drama Si Bakhil dan Bunganya yang sedang ditayangkan di Astro One.

Pada awal Julai lalu, nama Zizi dan Yusuf menjadi bualan selepas dilihat tidak lagi saling menjadi pengikut di media sosial.

Malah beberapa perkongsian luahan dalam laman Threads juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah dia memberi bayangan sedang berdepan masalah.

Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top