RSS Suria

Jurutera trauma ‘roommate’ luaran normal, pengotor dan bebal luar biasa! Berak tak ‘flush’, barang orang buat ‘harta’ sendiri

TINGGAL bersama rakan sebilik yang pengotor dan gemar menggunakan hak orang lain pasti memeningkan kepala.

Begitulah yang dialami wanita ini selepas terpaksa menyewa sebuah bilik bersama seorang lagi individu yang tidak dikenali.

Menurutnya, meskipun kejadian tersebut sudah lama berlalu, namun trauma yang dialami kekal dalam diri sehingga ke hari ini.

“Beberapa tahun lepas aku dapat kerja baharu dan kena pindah cepat.

“Cari punya cari, dapatlah satu bilik berkongsi. Tak sempat nak cerewet sebab bilik sendirian dah penuh.

Segelintir individu gemar menikmati hidangan di atas tilam sambil menonton televisyen. -Gambar hiasan AI

Ada individu gemar maka di atas tilam atau katil. -Gambar hiasan AI

“Rumah pun nampak okay, jadi aku setuju sewa,” ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Dia yang bertugas sebagai Jurutera Jaminan Kualiti pada awalnya tidak mengesyaki sikap buruk teman sebilik kerana dirinya kelihatan normal, cuma tidak peramah.

Namun selepas tinggal bersama untuk tempoh yang panjang, dia akhirnya menyedari ‘sisi gelap’ rakan sebiliknya itu yang gemar menggunakan barang milik orang lain.

Lebih menambah rasa geram apabila dia juga seolah-olah tidak berasa bersalah dengan sikap dan tingkah lakunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Housemate pengotor kumpul sampah sejak awal Ramadan tak pernah buang, kencing pun malas ‘flush’

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja hebat di bank tapi pengotor! Wanita pelik rakan serumah malas mengemas, habiskan masa baring sambil tengok TV

“Dia kerja syif, tak banyak cakap, tak peramah. Aku pun anggap dia jenis pendiam, rupa-rupanya pendiam tu simpan satu ‘alam gelap’ yang aku tak tahu.

“Satu-satu habit buruk dia mula keluar, dia guna barang aku… sabun mandi, sabun basuh baju sampai pencuci muka walaupun aku letak dalam locker.

“Aku perasan lepas dia keluar tandas, satu bilik semerbak bau sabun aku.

“Muka pula selamba lepas pakai barang orang. Aku marah tapi aku diam dan tampal notis ‘jangan guna barang-barang aku‘ dekat sabun basuh baju,” ujarnya mengimbau kejadian yang berlaku.

Aku tengok dia letak pinggan atas tilam aku sambil makan, nampak je aku terus dia angkat pinggan, siap jeling aku lagi.

PENGADU

Menurut pengadu ini lagi, notis yang ditampal seolah-olah tidak memberi kesan apabila rakan sebilik itu berterusan menggunakan barang-barang peribadinya.

Lebih memburukkan keadaan apabila dia mendapati rakannya itu sudah tidak bekerja dan hanya terperap di bilik selama 24 jam.

“Dia dah tak pergi kerja, 24 jam lepak bilik, on call dengan teman lelaki dari malam sampai 3 hingga 4 pagi.

“Aku jadi tak boleh tidur, letih kerja tapi balik rumah pun tak boleh rehat,” tambahnya.

Insiden yang paling tidak dapat dilupakan adalah rakannya itu pernah makan di atas katil semasa ketiadaannya.

Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Perbuatannya itu terbongkar apabila dia secara tiba-tiba membuka pintu bilik selepas pulang dari kampung halaman.

“Aku tengok dia letak pinggan atas tilam aku sambil makan, nampak je aku terus dia angkat pinggan, siap jeling lagi.

“Pasal tandas pula, kadang-kadang ada darah haid di lantai bilik air dan berak tak ‘flush’.

“Dia ada satu baldi yang dibuat tong sampah untuk buang sisa makanan dan situ juga tempat letak baju tak dicuci, bayangkan baunya,” kongsinya lagi.

Paling mengejutkan apabila dia turut mengambil makanan dan barang penyewa yang lain sehingga ada yang terpaksa menyimpannya di dalam bilik masing-masing.

Malah terdapat insiden yang dia menggunakan kasut penyewa lain sehingga tercabut tapak.

Scroll to Top