RSS Suria

Dharma Harun merayu nak kerja, tak nak berharap pada sumbangan orang ramai lagi 

INGIN bangkit daripada kesempitan hidup, pelakon Dharma Harun berharap ditawarkan pekerjaan berbanding perlu bergantung dengan sumbangan orang ramai semata-mata.

Dharma, 68, berkata selain berlakon dia juga mempunyai pengalaman mengendalikan beberapa rancangan sebelum dirinya mengalami masalah kesihatan.

"Sumbangan memang penting tetapi bukan ini yang saya perlukan sebaliknya tawaran kerja. Tapi terus terang, duit nombor dua, paling utama adalah kerja. Bagilah saya kerja.

Dharma memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan khas filem Felai Fx.

"Bila ada kerja, automatik duit boleh datang. Saya berpengalaman menerbitkan program Deko Ibadah sekitar tahun 2020," katanya kepada mStar.

Dharma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan khas filem Felai Fx di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Petaling Jaya pada Khamis.

Pada majlis tersebut Dharma turut menerima bantuan kewangan daripada pihak penerbit namun tidak mendedahkan jumlah sumbangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dharma Harun tak beri anak berhenti belajar, raih keputusan cemerlang dalam pelajaran

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dharma Harun tiada selera makan, hilang 40 kg dalam tempoh tiga bulan akibat tekanan hidup

Menurut Dharma, sebelum ini dia bersendirian di rumah namun semangatnya kembali pulih selepas beberapa rakan artis datang melawat di kediamannya di Wangsa Maju pada awal Julai lalu.

Malah dia percaya kesibukan berkerja dapat membantunya pulih segera daripada masalah kesihatan yang dihadapi.

“Ramai juga kawan-kawan artis lama yang datang berziarah seperti Datuk DJ Dave, Noorkumalasari dan Haiza. Apabila mereka datang, kami bercerita kisah-kisah lama. Saya rasa macam ‘hidup’ balik. Apabila saling tukar cerita saya terus jadi lebih ceria.

Sumbangan memang penting tetapi bukan ini yang saya perlukan sebaliknya tawaran kerja.

DHARMA HARUN

PELAKON

"Cuma apabila mereka semua balik, saya kembali bersendirian di rumah. Aktiviti saya hanya tonton televisyen. Anak-anak pula pergi belajar. Cuma kalau ada pekerjaan, keadaan mungkin berbeza," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Dharma memberitahu filem lakonannya berjudul Felai Fx bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Menurut penerbitnya, Richard Ung pihaknya mengambil inisiatif membantu Dharma dengan memberikan peluang berlakon karakter mafia.

Dharma memaklumkan beratnya turun sebanyak 40 kilogram disebabkan sakit.

Katanya, pihaknya memutuskan membuat tayangan khas filem ini terlebih dulu khusus untuk membantu Dharma dan dua anaknya terlebih dahulu.

"Apa yang boleh saya beritahu, sumbangan itu cukup untuk bawa Dharma keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tunggakan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top