RSS Suria

Tragedi konsert batal buat Aisha Retno ambil masa untuk setuju jayakan showcase

PERNAH kecewa apabila penganjuran konsert sulung dibatalkan, penyanyi Aisha Retno mengakui mengambil masa lama sebelum bersetuju mengadakan showcase pada September ini.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Saipulijam, 25, berkata, dia meletakkan syarat kepada penganjur iaitu LOL Asia untuk tidak melakukan showcase secara besar-besaran.

Kata Aisha, dia menyifatkan peluang yang sekali lagi hadir ini sebagai satu rezeki buat kerjayanya dalam bidang seni.

Aisha ambil masa untuk kembali bersemangat.

"Orang disekeliling menjadi saksi ketika saya rasa sangat berbelah bahagi untuk menerima tawaran showcase ini. Berbulan juga baharu saya bagi jawapan.

"Syarat saya kepada penganjur hanya mahu lakukan secara kecil-kecilan sahaja, tidak mahu lakukan secara mega (skala besar) sebab saya sendiri tidak pernah terdetik nak buat konsert.

“Namun apabila mendapat peluang seperti ini mungkin ia adalah rezeki daripada Allah,” katanya kepada mStar.

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran album Rehab dan showcase The Aisha Experience yang diadakan di Hyatt Centric, Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Adil’ luahan kecewa Aisha Retno dalam percintaan – “Baru lalui fasa patah hati yang teruk"

ARTIKEL BERKAITAN: Putus selepas beberapa bulan kenal, Aisha Retno dah serik nak bercinta

Dalam pada itu, Aisha memberitahu dia juga pernah berasa kurang keyakinan diri untuk melakukan showcase pertama ini.

Kongsinya, sokongan dan semangat yang diberikan oleh keluarga dan peminat membuatkan dia bersetuju untuk menghiburkan penonton di persembahan itu nanti.

"Sejujurnya saya ragu-ragu sebab memikirkan kemampuan dari segi fizikal dan mental.

“Saya juga terkesan dengan tragedi dahulu. Mana-mana temu bual kalau ada soalan ini saya akan teringat, trauma sebenarnya tapi kerana saya sangat mempercayai LOL Asia dan pasukan saya.

Memang saya terkesan dengan kata-kata netizen.

AISHA RETNO

PENYANYI

"Saya banyak dapat semangat daripada keluarga, kawan-kawan dan media jadi saya rasa ramai sahaja yang menyokong saya,” ujarnya.

Aisha bagaimanapun memberitahu, dia perlu meneruskan showcase ini kerana enggan membuang masa memandangkan usianya sudah menginjak 25 tahun.

“Memang saya terkesan dengan kata-kata netizen tapi sampai bila, lebih baik kita terus jalan sebab peminat saya dah sokong saya lebih lima tahun. Takkan saya nak hampakan mereka dengan terus berputus asa.

“Saya juga merasakan perlu bermula daripada sekarang (buat showcase) sebab sudah 5 tahun berada dalam industri.

Aisha mahu mencuba nasib lagi.

“Saya pun mahu lancarkan album jadi alang-alang kita buat showcase terus," katanya.

Pada 9 November tahun lalu, Kharisma Music International menerusi Instagram mengumumkan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November di Zepp Kuala Lumpur dibatalkan kerana jualan tiket rendah.

Bagaimanapun, Aisha menyifatkan tindakan pihak penganjur mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan konsert solonya sebagai tidak profesional.

Katanya, dia mahu meneruskan konsert tersebut namun tidak dapat berbuat apa-apa susulan semua keputusan dibuat tanpa berbincang dengannya.

Aisha akui terkesan dengan kata-kata netizen.

Namun Yuka tampil menjawab tuduhan Aisha kononnya penyanyi itu tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan atau pembatalan konsert.

Malah Yuka turut mendedahkan penyanyi itu ada berhutang sebanyak RM83,000 bagi menjayakan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL) pada Mac lalu.

Untuk info, showcase The Aisha Experience bakal berlangsung pada 20 September depan di Jio Space, Petaling Jaya.

Tiket showcase akan mula dijual bermula 31 Julai ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top