ANAK pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman berdepan dengan pelbagai tawaran kerja tidak senonoh gara-gara berkongsi kesempitan hidup yang dialaminya.
Syafiq, 36, turut mendakwa terdapat individu yang tidak kenali dengan berani menawarkan RM1000 untuk memiliki tubuh badannya.
“Macam-macam tawaran dapat, contohnya ada yang nak sewa badan saya dengan harga RM1000. Saya baru saja dapat mesej itu awal Julai ini.
Syafiq mahu menjaga maruah keluarga.
“Ada tawaran yang lagi teruk sebenarnya tapi saya rasa tidak sesuai untuk berkongsi kepada umum,” katanya kepada mStar.
Menurut Syafiq, dia tidak terkejut dengan tawaran yang dianggap mengarut memandangkan dirinya kerap berkongsi foto tubuh badan di media sosial sebagai portfolio seorang model.
Meskipun terdesak memerlukan wang, Syafiq bagaimanapun tidak pernah terfikir untuk menjual maruahnya demi keselesaan hidup.
ARTIKEL BERKAITAN: Dharma Harun tak beri anak berhenti belajar, raih keputusan cemerlang dalam pelajaran
ARTIKEL BERKAITAN: Dharma Harun merayu nak kerja, tak nak berharap pada sumbangan orang ramai lagi
“Saya seorang model jadi memang ada berkongsi beberapa foto tubuh badan saya, cuma tak sangka dapat tawaran seperti itu sejak akhir-akhir ini.
“Terdesak macam mana sekali pun saya tak akan terima, saya masih fikir dosa,” kongsinya.
Berkongsi lebih lanjut, Syafiq juga meluahkan rasa kesal apabila orang ramai menganggap dirinya sebagai pemalas gara-gara tidak memiliki kerja tetap yang sesuai pada usianya.
Saya kena belajar sebab nak naikkan penadapatan.
SYAFIQ
ANAK DHARMA HARUN
Kata Syafiq, dia berkerja sambilan sebagai barista namun pendapatan yang diterima tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga kerana ia kurang daripada RM1000.
“Ayah saya sentiasa beritahu dia sudah lama tidak berkerja, jadi sudah tentu saya yang menanggungnya selama ini.
Syafiq juga berkerja sebagai model sambilan.
“Sebenarnya saya tidak mahu berkongsi mengenai diri saya tapi orang ramai mengecam saya. Sebenarnya sejak tiga tahun kebelakangan ini saya menanggung ayah saya dengan gaji tidak seberapa,” ujarnya.
Jelasnya, dia teguh untuk menamatkan pelajaran semata-mata ingin mencari keselesaan hidup dengan pendapatan yang lebih besar.
“Saya kena belajar sebab nak naikkan penadapatan. Saya tahu ramai yang kecam sebab mereka tak tahu cerita sebenar. Kalau saya berkerja mengikut lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ia juga tidak mencukupi untuk kami,” luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube