RSS Suria

Polis tak tolak kemungkinan panggil semula Amy Search

PIHAK polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula Datuk Amy Search bagi merakam keterangan berhubung kes membabitkan penyanyi Shila Amzah.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, polis menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sekiranya pihak berkuasa memerlukan keterangan lanjut bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kuala Lumpur sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Shila sebelum ini mendakwa diherdik oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan sebuah acara konsert.

Shila sebelum ini mendakwa diherdik oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan sebuah acara konsert.

Menurut Mohamed Usuf, siasatan akan dijalankan secara teliti memandangkan satu laporan polis telah dibuat oleh Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 67.

“Laporan polis oleh Amy yang dibuat tiga hari lalu juga sedang disiasat secara selari dengan kes ini,” ujarnya.

Pada 10 Julai lalu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda.

ARTIKEL BERKAITAN: Amy Search dan isteri hadir ke IPD Shah Alam

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Boleh berbaik, tapi Amy Search kena ubah sikap" – Shila Amzah

Shila kemudiannya mengesahkan individu yang dimaksudkan adalah Amy iaitu bapa kepada pelakon Nabila Huda.

Pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Pada malam Rabu, Amy pula tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakilinya iaitu Datuk M Reza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top