RSS Suria

Isu anak tiri panggil ‘woi’, Watie Hanifiah anggap netizen salah faham… “Thalita anak baik, bukan kasar”

ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menegaskan video tular mendakwa anak tirinya, Thalita bersikap kurang sopan hanyalah salah faham.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, perkara tersebut berlaku secara spontan dan tidak perlu diperbesarkan.

Dia juga memberitahu Thalita seorang anak yang baik dan tidak kasar seperti yang digambarkan netizen.

Watie (kanan) memberitahu Thalita seorang anak yang baik dan tidak kasar.

"Perkara itu berlaku secara spontan ketika live di TikTok. Thalita mungkin tidak perasan, dia pun tengah bercakap dengan orang-orang yang menonton.

"Saya hidup dengan dia dan saya kenal dia. Kalau dia bercakap kasar di rumah mesti saya akan tegur. Tapi dalam keadaan itu dia tidak bermaksud mahu berkata begitu," katanya kepada mStar.

Watie ditemui ketika majlis penyerahan sumbangan bersama Yayasan Nurjiwa anjuran syarikat Inayah Beauty yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kena paksa berlatih, sekarang Watie pening Thalita tak berhenti menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Shuib mahu jadi penyanyi, beritahu Watie nak masuk kelas vokal

Watie mengulas perkara itu selepas tular video kedengaran suara Thalita memanggilnya dengan panggilan ‘woi’.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan cara percakapan Thalita itu kerana tidak menghormati orang yang lebih dewasa.

Dalam masa sama, Watie juga sudah menjelaskan lebih awal perkara tersebut kepada Thalita agar anak tirinya itu tidak tertekan.

"Lepas video itu menjadi bualan, saya berterus-terang kepada Thalita. Saya kena beritahu sebelum dia membaca kisah yang tersebar.

V=

Thalita (kiri) merupakan anak kedua hasil perkahwinan Shuib dan arwah Sarah.

"Saya tak mahu dia salah faham dan terasa sebab saya post video tapi dia kena kecaman," ujarnya.

Thalita merupakan anak kedua Shuib hasil perkahwinan bersama penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

Untuk rekod Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top