VIDEO tular memaparkan pelakon Nelydia Senrose bersama aktor Yusuf Bahrin mencetuskan kemarahan netizen apabila kedua-duanya didakwa terlalu mesra dan gagal menjaga batas walaupun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.
Lebih mengejutkan, ramai netizen menyelar sikap Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, yang sudah bergelar hajah, namun masih berpelukan dan bersentuhan dengan Yusuf dalam klip video berdurasi satu minit yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @dramacintakita pada Jumaat.
Rakaman tersebut memperlihatkan mereka bergelak ketawa, bergurau manja selain didakwa tidak menjaga batas sewaktu menjayakan video promosi drama Seindah Hujan Cinta yang akan mula ditayangkan di sebuah platform penstriman bermula Isnin ini.
Yusuf dan Nelydia dilihat mesra dalam klip promo drama mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa kecewa, malu dan tidak selesa dengan aksi yang dianggap melampaui batas terutama selepas Nelydia menyandang gelaran hajah.
"Hajah tapi berlakon pegang-pegang lagi ya?"
"Nelydia tak padan dengan status hajah. Pegang bukan mahram terang-terangan.
"Boleh pula pegang tangan macam tu. Ikhtilat ke mana? Kesian pasangan masing-masing," tulis netizen di ruangan komen.
ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin sabar menanti rezeki zuriat, kurang selesa sering diaju soalan tentang anak
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nelydia Senrose minta ruang perbaiki diri, belum berhenti usaha jadi manusia lebih baik
Turut menjadi sasaran kritikan ialah Yusuf yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon yang menolak adegan bersentuhan dengan wanita ketika berlakon.
Bagaimanapun menerusi video berkenaan, pendirian yang dipegang seolah-olah sudah berubah.
Lebih menyedihkan, ramai peminat turut menyuarakan simpati terhadap isterinya, penyanyi Zizi Kirana, yang selama ini dikenali sebagai figura yang menjaga aurat dan batas pergaulan.
"Dah tak minat Yusuf… Dulu masa baru kahwin dengan Zizi, elok je berlakon tak sentuh heroin.
Netizen bengang dengan aksi mesra Yusuf dan Nelydia.
"Zizi jaga pemakaian, jaga adab… Tapi Yusuf macam tak hormat isteri dia langsung.
"Kenapa masa awal kahwin bukan main jaga prinsip, sekarang jadi lain pula?,” kata netizen.
Untuk rekod, Nelydia sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pada 6 April 2019.
Manakala, Yusuf mendirikan rumah tangga bersama Zizi pada 19 September 2021 selepas dua bulan menyulam cinta.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube