PENYANYI Ara Johari meluahkan rasa kesal terhadap sikap individu yang tidak tampil memohon maaf selepas melanggar kereta miliknya.
Biarpun tidak mengalami keroskan teruk, namun bagi Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 28, sikap timbang rasa perlu apabila berlaku perkara sebegitu.
“Abang bawa kereta Axia kuning, dah cium kereta saya sikit itu tak nak minta maaf ke?” kongsinya.
Luahan hati Ara selepas berlakunya kejadian tersebut.
Ara berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya sekali gus memberi bayangan nombor pendaftaran kereta yang melanggarnya.
Dipercayai kejadian itu berlaku ketika dia terlibat membuat persembahan dalam sebuah acara pada malam Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari takut salah pilih suami, suka lelaki ‘soft’ bukan jenis naik tangan
ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari semakin matang layan kerenah netizen, tak mudah melenting kecuali sentuh satu perkara
Lebih membuatkan Ara kecewa apabila, indivdiu berkenaan seolah-olah tidak menghiraukan keberadaan dalam kereta itu.
“Abang nampak kan saya dekat dalam itu? Penat saya jaga kereta tau. Merajuk!,” luahnya.
Sementara itu, usaha mStar untuk mengetahui keadaan Ara dengan lebih lanjut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan serta hantaran WhatsApp tidak berbalas.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube