PERKONGSIAN pelakon Zarina Zainuddin yang mengalunkan selawat tafrijiyyah dalam satu video yang dimuat naik di TikTok mengundang pelbagai reaksi netizen.
Dalam video berdurasi satu minit lebih itu, rata-rata pengikut meluahkan rasa kurang senang dengan alunan selawat daripada pelakon berkenaan.
Malah terdapat netizen yang mendakwa mereka mendapat dosa tanpa sedar kerana menyifatkan suara pelakon itu tidak merdu untuk didengar.
Antara komen netizen yang mengecam Zarina.
“Kali pertama dengar selawat tapi dapat dosa.
“Akak buat pahala, tapi saya dapat dosa.
“Saya dengar nak dapat pahala, tapi dosa pula yang datang.
“Saya keliru nak dapat pahala atau dosa ni,” antara komen netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin hanya kongsi perkembangan, tiada niat jadikan anak Ridzokumura ‘content’ media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zarina Zainuddin imbau bawa Akiko Okumura peluk Islam, sanggup lupakan harta demi cinta terhadap suami
Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 870,000 tontonan dan menerima lebih 4,000 komen yang kebanyakannya mengkritik dan mempersoalkan tindakan Zarina berkongsi rakaman tersebut.
Bagaimanapun, masih ada juga segelintir yang terhibur dengan perkongsian berkenaan dan menganggap niat Zarina adalah baik untuk menyemai amalan berselawat.
Sementara itu, Zarina ketika dihubungi mStar berkata video itu asalnya dirakam untuk simpanan peribadi selepas terinspirasi daripada sahabatnya yang gemar berselawat di dalam kereta.
"Saya selalu dengar kawan saya berselawat dalam kereta, jadi saya tertarik untuk berselawat sama. Itu yang saya rakamkan untuk diri sendiri," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube