PERKONGSIAN pelakon dan pengacara Awal Ashaari yang memohon bantuan orang ramai susulan kucing kesayagannya bernama Luna berada dalam keadaan kritikal meraih perhatian ramai.
Terbaharu, Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 43, memberitahu dia menerima pelbagai respons positif daripada pemilik kucing yang prihatin selain kira-kira enam ekor sudah hadir ke klinik untuk menderma darah
“Semakin banyak kucing yang cuba hadir untuk Luna. Harap-harap ada yang sepadan,” kongsinya.
Antara kucing yang bakal mendermakan darah mereka.
Awal berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Rabu.
Sebelum ini, Awal memaklumkan kucingnya memerlukan penderma selepas kehilangan banyak darah.
Pun begitu, Awal tidak berkongsi lebih lanjut masalah kesihatan yang dihadapi haiwan kesayangannya itu.
“Kucing kami, Luna dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah dan memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian.
ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari ‘struggle’ cari rezeki, kemewahan bukan datang bergolek
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan, Awal Ashaari sebak teringatkan arwah ibu mentua
“Kami sangat hargai pemilik kucing yang tinggal berhampiran yang ingin membantu, untuk membawa kucing pelihataan anda ke Saint Angel Animal Medical Center, Puchong,” kongsinya.
Malah dia juga memberitahu bakal menanggung segala kos rawatan kepada pemilik kucing yang membawa haiwan peliharaan mereka untuk menderma.
“Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai pihak kami. Saya berada di hospital dan semoga Allah membalas jasa anda semua. Terima kasih,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube