RSS Suria

Netizen dakwa nampak ‘baby bump’, Siti Saleha belum sedia kongsi berita gembira… Bakal ambil cuti rehat panjang

KEMUNCULAN pelakon Siti Saleha dalam acara Malaysia Internationl Film Festival pada Ahad lalu mencuri tumpuan ramai kerana kelihatan dia kini sedang hamil anak sulung.

Malah ada juga yang mula membuat andaian sebegitu apabila ternampak perubahan pada bentuk badannya seakan ‘baby bump’.

Menjawab perkara tersebut, Saleha, 35, bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk berrkongsi sebarang berita buat masa ini.

Saleha (kanan) dan Ahmad Lutfi bernikah pada Julai 2017.

“Doakan yang baik-baik, Insya-Allah mungkin berita gembira tak lama lagi.

“Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi nak kongsi,” katanya kepada mStar.

Saleha berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran siri Bad Cop yang berlangsung di Damansara pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha kembali bertemu jodoh, sah bergelar isteri pereka fesyen Joshua Fitton

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji baju nikah Siti Saleha cantik, rupanya rekaan suaminya sendiri

Dalam pada itu, Saleha juga memberi bayangan dirinya bakal mengambil cuti panjang sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran siri Bad Cop.

“Selepas ini saya akan bercuti panjang dan ini akan projek terakhir saya sebelum rehat.

“Panjang juga mungkin beberapa bulan atau tahun,” kongsinya.

Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun bercerai.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top