RSS Suria

Hilal Azman menang Pelakon Lelaki Terbaik Asia Pasifik, filem Memori beri ruang improvasi watak

BUAT pertama kali selepas pembabitan selama 46 tahun dalam industri seni, aktor Datuk Hilal Azman berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila meraih anugerah Pelakon Terbaik Asia Pasifik pada Februari lalu.

Bersyukur atas kemenangan itu, Hilal atau Nor Hilal Abdullah, 62, juga tidak menyangka lakonan dalam filem Memori itu telah menewaskan calon lain dari negara Jepun, Filipina dan China.

“Sebelum ini saya pernah menang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Seri Angkasa tapi kali ini baru saya dapat anugerah Pelakon Terbaik Asia Pasifik, Alhamdulillah bukan mudah kerana kami telah mengalahkan negara-negara lain termasuk Filipina, Jepun dan China.

Hilal bersyukur dengan pengiktirafan diterima dari luar negara.

“Syukur Allah beri saya rezeki ini. Kalau di Malaysia menang anugerah Pelakon Terbaik hanya di negara kita sahaja, jadi saya bersyukur dengan kemenangan lebih besar ini,” katanya kepada mStar.

Hilal berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Memori yang diadakan di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Bercakap lanjut Hilal memberitahu dia melakukan penyelidikan watak berdasarkan video rakaman yang dikongsi oleh pengarah filem tersebut iaitu Abid Hussain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pada usia 62 tahun, Hilal Azman belum puas berlakon… mahu terus sampaikan perkara baik kepada penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Terus harumkan nama negara, Siti Saleha raih ‘Brand Personality Award’ di Singapura

Menurut Hilal, filem yang diangkat dari kisah benar ini memberi ruang untuk dirinya melakukan improvasi bagi menghidupkan watak yang dibawa sebagai Dr Hussain.

“Saya buat penyelidikan daripada perjalanan hidup arwah bapa pengarah itu sendiri. Dia tunjuk dalam video bagaimana bapanya bergerak, bercakap dan menjerit.

Kalau di Malaysia menang anugerah Pelakon Terbaik hanya di negara kita sahaja, jadi saya bersyukur dengan kemenangan lebih besar ini.

DATUK HILAL AZMAN

PELAKON

“Babak jerit yang saya lakonkan, pengarah terpaksa buka headphone kerana dia menangis dan dapat rasa sama seperti apa dilakukan oleh bapanya sebelum ini.

“Saya hanya dapat ‘rasa’ melalui video yang ditonton dan berkat ajaran daripada sembilan guru lakonan serta pengalaman 46 tahun berlakon membuatkan saya mampu membuat improvasi dengan baik,” ujarnya.

Untuk info, filem Memori telah mencipta nama di pelbagai festival filem utama di peringkat antarabangsa.

Sekitar sidang media tayangan perdana filem Memori.

Filem ini telah disenarai pendek secara rasmi, dicalonkan dan memenangi lebih daripada 20 anugerah termasuk Filem Terbaik, Filem Tahun Ini, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Suntingan Terbaik dan Penerbit Terbaik.

Ia juga telah diraikan di festival di Los Angeles, New York City, Mexico, China, Berlin, India, Tokyo, Singapura dan Filipina.

Memori diedarkan oleh GSC Movies dan akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 31 Julai ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top