RSS Suria

Ella tenang bila nama kena ‘petik’, tak terkejut sebab berkawan baik dengan Shila Amzah

PENYANYI Ella tidak melatah apabila namanya dikaitkan dengan kes melibatkan seorang penghibur legenda menyerang Shila Amzah di sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y pada awal Julai lalu.

Tiada di tempat kejadian, kata Ella atau Ella atau Nor Zila Aminuddin, 59, dia hanya mengetahui cerita berkenaan apabila dimaklumkan oleh beberapa pihak lain.

“Sewaktu saya mendengar cerita tentang kejadian itu, saya tak terkejut pun tetapi apabila asyik mengaitkan dengan saya, saya sebenarnya tiada di tempat tersebut.

Ella tiada di tempat kejadian sewaktu kemelut antara Shila dan Amy berlaku.

“Apa yang saya tahu, saya tiada kena mengena dengan kes itu. Saya tenang sahaja tapi dalam masa sama tertanya-tanya juga apa terjadi,” katanya kepada mStar.

Ella berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Galeri Rockqueen yang diadakan di Denai Alam, Selangor pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Ella memberitahu hubungannya bersama Shila tidak mempunyai sebarang masalah, malah mereka sempat berpelukan sewaktu bertemu pada malam konsert.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dakwa diserang penyanyi legenda ketika latihan, netizen petik nama Amy, Awie & Ella

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu ‘kurung diri’ apabila dikecam, Ella nasihat penyanyi baharu kena berani tapi jangan ikut emosi

“Malam konsert itu saya jumpa Shila okay sahaja, kami berpelukan sebab saya dan dia memang berkawan baik,” ujarnya.

Pada 10 Julai lalu, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35, telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang seorang penyanyi legenda.

Susulan itu, netizen membuat spekulasi mengaitkan tiga nama penyanyi legenda termasuk Datuk Awie, Datuk Amy Search dan Ella kerana artis tersebut turut terlibat dalam acara konsert itu.

Ella tidak melenting selepas namanya turut terkait dalam kemelut tersebut.

Pun begitu, Shila kemudiannya mengesahkan individu yang dimaksudkan adalah Amy iaitu bapa kepada pelakon Nabila Huda.

Polis kemudian membuka siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top