PELAKON Nur Fazura dilihat berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dipercayai berhubung isu sebaran fitnah melibatkan dirinya di media sosial.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Intastory, Fazura hadir di bilik gerakan agensi berkenaan pada petang Khamis.
Dia juga memuat naik beberapa salinan bukti-bukti komen netizen dalam sesi perbincangan tersebut.
Perkongsian Fazura menarik perhatian netizen di Thread.
Antara yang dikongsi adalah komen-komen berkaitan kisah hidupnya selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin.
Salah satu komen netizen juga menyebut dia mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ketika sesi siaran langsung di media sosial.
Fazura bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan atau maklumat lanjut tentang kehadirannya di pejabat berkenaan.
Tindakan berkenaan juga mendapat sokongan peminat yang mula meluahkan rasa simpati terhadap aktres itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura selesai jalani tempoh idah, anggap pengakhiran dan permulaan untuk segalanya
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura belum terfikir cari pengganti lepas cerai, kongsi aura positif dalam lagu baharu
“Aku jarang follow fasal Fazura, tapi bila tengok dia mula bertindak ke atas mereka yang buat fitnah macam-macam ini memang aku sokong!
“Mantap Fazura, diaorang (netizen) ini kena ajar macam ini. Kalau tak selagi itu jari jemari itu menulis yang tak elok.
“Ada yang aku baca sangat beriya macam dapat gaji harian menyebarkan benci ke seluruh dunia,” komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube