RSS Suria

Nabil Aqil cakap depan muka Harissa, bukan pelakon badan berbau

PENDEDAHAN pelakon Harissa Adlynn tentang rakan gandingan yang mempunyai badan berbau sebelum ini teleh menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan peminat.

Ramai yang tertanya-tanya dan mencari siapakah pelakon yang dimaksudkan Harrissa sehingga dia terpaksa menahan nafas ketika di lokasi penggambaran.

Digandingkan bersama dalam drama terbaharu berjudul Kerana Seorang Lelaki, pelakon Nabil Aqil secara berseloroh memberitahu dia bukanlah orang yang memiliki masalah badan berbau itu.

Daniel, Harissa dan Nabil bergandingan dalam drama terbaharu.

“Bukan kitakan Daniel? Bukan kita,” katanya ringkas dalam satu video bersama Harrisa dan aktor Daniel Fong.

Mereka bertiga kelihatan sedang berada di lokasi penggambaran drama berkenaan.

Dalam video itu, Daniel juga secara spontan membalas perlu mengekalkan jarak dengan Harissa apabila bercakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan pelakon gandingan berbau, Harissa Adlynn terpaksa tahan nafas di set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Daniel Fong dah pakai deodoran, bukan pelakon lelaki badan berbau

“Ada jarak sikit bila nak cakap,” ujarnya.

Dia sebelum ini dalam satu perkongsian turut memaklumkan dirinya sudah memakai deodoran.

Dalam satu temu bual, Harissa pernah meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang pelakon yang tidak menjaga kebersihan diri sehingga menyebabkan badan berbau.

Katanya dia sudah memberi bayangan tentang bauan minyak wangi kepada pelakon gandingan itu sebagai salah satu bentuk teguran.

<!–Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top