RSS Suria

“Kalau isteri sah kenapa tak balik rumah?” – Beego ada bukti bayar nafkah, sukar berkomunikasi dengan Linda Hashim

PELAKON Beego tampil mempertahankan diri selepas dakwaan yang dibuat isterinya iaitu aktres Linda Hashim mengatakan dia culas dalam menjalankan tanggungjawab.

Menjawab kenyataan yang dibuat, Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, kembali mempersoalkan keberadaan isterinya itu selama lebih sembilan bulan mereka berdepan masalah rumah tangga.

Katanya Linda langsung tidak pulang ke rumah dan melaksanakan peranan baik sebagai isteri.

“Linda kata dia masih isteri yang sah, kalau betul kenapa tidak balik rumah? Sembilan bulan saya tunggu.

Beego maklumkan isteri sudah sembilan bulan tidak pulang ke rumah mereka.

“Di mana tanggungjawab isteri itu? Dia tiada di rumah sedangkan saya masih duduk sendiri sepanjang tempoh itu.

“Saya panggil balik secara elok, tetapi dia tidak mahu,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Berhubung dakwaan tidak memberi nafkah buat anak-anak, Beego menegaskan dia mempunyai bukti setiap transaksi dalam hal tersebut.

Namun pelakon ini turut meluahkan rasa kesal kerana kesukaran berkomunikasi dengan Linda untuk menyelesaikan sebarang masalah antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim bawa anak-anak keluar makan, dakwa suami culas nafkah… "Mana bapanya?"

ARTIKEL BERKAITAN: Beri hanya bila diminta, nafkah tak cukup tanggung anak… Linda Hashim dakwa Beego kirim duit sekadar untuk bukti mahkamah

“Saya beri duit nafkah setiap bulan dan ada bukti. Selama sembilan bulan ini tak pernah nak berinteraksi dengan saya. Kami hanya berhubung melalui anak sulung. Apabila nak duit, dia akan minta.

“Dia sendiri tidak mainkan peranan sebagai seorang isteri,” ujarnya.

Dalam masa sama pelakon ini juga tidak bersetuju apabila Linda terlalu terbuka berkongsi kisah rumah tangga mereka di media sosial sehingga boleh menimbulkan salah faham.

Malah Beego juga kukuh dengan pendirian untuk terus mempertahankan rumah tangga mereka.

Dia sendiri tidak mainkan peranan sebagai seorang isteri

BEEGO

PELAKON

“Adakah dia buat semua ini untuk ‘provoke’ orang luar supaya saya nampak buruk? Atau adakah ini caranya untuk saya lepaskan dia?

“Saya cuba sebaik mungkin untuk selamatkan perkahwinan. Saya faham dia tak mahu, tetapi tidak perlu nak keruhkan keadaan lagi,” luahnya.

Untuk rekod, Beego dan Linda Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Beego kesal kenyataan isteri memburukkan dirinya.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top