PERNAH berdepan dengan situasi tidak selesa akibat bau badan semasa berada di lokasi penggambaran, pelakon Scha Elinnea memilih untuk kekal profesional daripada menegur rakan pelakon secara terbuka.
Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, berkata dia lebih rela menahan bau tersebut daripada mencetuskan suasana tidak harmoni di set penggambaran.
“Saya rasa bau badan ini adalah normal, kita tak boleh nak cakap busuk tapi memang saya pernah alami di set terutama kalau penggambaran di tengah panas.
Scha lebih selesa fikirkan diri sendiri.
“Tapi nak buat macam mana tak akan kita nak tegur cakap baunya badan kau… tentunya tak boleh. Kita tutup hidung sajalah dan sambung berkerja, jadi profesional,” katanya kepada mStar.
Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di acara Malaysia Bridal Fashion Week 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Mengulas lanjut, Scha mengakui isu bau badan sedikit sebanyak mengganggu dirinya semasa bekerja, namun dia tidak mahu membiarkan perkara itu menjejaskan fokus dan mood di set.
ARTIKEL BERKAITAN: Scha Elinnea tak menyesal jadi artis, tapi pernah menangis sebab rindukan keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Dunia seni penuh cabaran, Scha Elinnea sedih dirinya sering terpalit isu panas
Dia juga percaya individu yang mempunyai masalah bau badan sebenarnya sedar akan keadaan mereka, namun mungkin usaha yang dilakukan untuk mengatasinya tidak berjaya sepenuhnya.
"Saya ada banyak perkara lain nak difikirkan. Kalau terlalu fokus pada bau badan orang, ia akan ganggu mood saya. Saya pun tak mahu disebabkan teguran saya, orang terasa hati atau bermasam muka.
Saya sendiri pun tak selesa kalau tak wangi.
SCHA ELINNEA
PELAKON
“Manusia tak ada yang sempurna. Baulah macam mana pun saya okay,” ujarnya.
Dalam masa sama, Scha menegaskan bahawa dia sendiri sangat menitikberatkan soal kebersihan diri demi keselesaan orang sekeliling.
"Setiap kali tukar baju di set, saya akan sembur minyak wangi dari atas sampai ke bawah. Saya sendiri pun tak selesa kalau tak wangi. Lagipun, kita kena jaga kebersihan diri,” kongsinya.
Scha sentiasa mahu badan berbau wangi.
Terdahulu, pelakon Harissa Adlynn pernah meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang rakan pelakon yang dikatakan tidak menjaga kebersihan diri sehingga menyebabkan bau badan yang kuat.
Harissa turut berkongsi bahawa dia pernah memberi bayangan secara halus mengenai penggunaan minyak wangi sebagai bentuk teguran.
Perkara itu menjadi bualan hangat netizen dan menimbulkan spekulasi mengenai identiti pelakon yang dimaksudkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube