RSS Suria

Fazura lihat wajah pemfitnah, SKMM dedah individu sebenar pemilik media sosial

SUSULAN laporan yang dibuat berhubung dakwaan memfitnah dirinya, pelakon dan penyanyi Nur Fazura berjaya mengesan beberapa individu yang terlibat.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), maklumat terperinci mengenai individu terbabit telah dikenal pasti.

“Banyak nama sayang saya dapat daripada pelbagai platform. Mereka ada maklumat semua disebalik nama ini.

Fazura hadir ke pejabat SKMM pada Khamis bersama salinan bukti.

“Saya tak tahu bagaimana SKMM buat, tetapi saya dapat lihat wajah oranganya,” katanya.

Fazura berkata demikian dalam satu sesi siaran langsung dan kemudian dikongsi semula oleh pengikut di media sosial.

Dakwannya dia juga ada menyimpan segala maklumat tersebut sebagai rujukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura hadir di pejabat SKMM, tunjuk bukti komen netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura luah emosi lihat keberanian Fatima, percaya terus hidup bahagia berdua

Fazura bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SKMM untuk terus menjalankan siasatan.

“Saya serahkan kepada SKMM untuk jalankan siasatan,” jelasnya.

Pada Khamis lalu, Fazura berkongsi gambar hadir ke pejabat SKMM dan berada di sebuah bilik gerakan agensi berkenaan.

Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik, dia turut membawa salinan bukti-bukti komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top