DIKURNIAKAN cahaya mata semestinya satu anugerah tidak ternilai kepada setiap pasangan yang sudah berkahwin.
Bahkan ada pasangan yang masih sabar menanti kehadiran si kecil biarpun bertahun lamanya mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, seorang wanita ini tergamak menggugurkan kandungannya konon atas alasan peribadi, sebagaimana yang didedahkan seorang individu dipercayai kakitangan perubatan.
Cahaya mata sememangnya anugerah yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. -Gambar hiasan AI
“Cara Allah tarik rezeki tu betul ya. Ada pesakit ni datang klinik untuk gugurkan kandungan. Jenuh pujuk dan bagi nasihat, tapi dia tetap berkeras.
“Mengejutkan, tak lama lepas dia gugurkan kandungan ketiga tu, mereka satu keluarga terlibat kemalangan dan kedua-dua anaknya meninggal,” tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Menurut individu itu lagi, wanita yang sama hadir ke klinik untuk sesi konsultasi kira-kira dua tahun selepas tragedi kemalangan berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sanggup gugur kandungan sebelum lapor diri kerja… Rupanya banyak kes korban janin demi periuk nasi!
ARTIKEL BERKAITAN: [V] 11 tahun pendam rahsia, pemilik farmasi dedah ramai mahasiswi beli ‘morning-pill’! Tak segan tanya ubat gugur janin
Namun apa yang memilukan, ketika konsultasi bersama doktor, wanita itu dimaklumkan mengenai hakikat yang sangat perit untuk diterima.
“Doktor sahkan ada komplikasi pada rahim yang menyebabkan dia mungkin susah untuk mengandung atau memang langsung tak boleh,” kongsinya.
Individu itu kemudian menitipkan pesanan kepada kaum Hawa agar menjadikan kisah tersebut sebagai suatu iktibar dan tidak mengambil ringan soal zuriat yang dianugerahkan Allah.
-
Seorang individu berkongsi kisah wanita datang klinik untuk gugurkan kandungan.
-
Doktor pujuk dan nasihat namun wanita itu berkeras dengan keputusannya.
-
Tanpa disangka wanita itu dan keluarga terlibat kemalangan dan dia kehilangan dua cahaya mata dalam tragedi itu.
-
Doktor kemudian mengesahkan kebarangkalian wanita itu untuk mengandung lagi sangat tipis.
-
Individu berkenaan menitipkan pesanan supaya kisah berkenaan dijadikan iktibar.
Menjengah ruangan komen, segelintir netizen berkongsi pengalaman sendiri mengenai kesabaran menanti zuriat.
Dalam pada itu, ramai turut memberi peringatan agar setiap pasangan suami isteri menghargai anugerah yang dikurniakan.
Sebahagian daripada reaksi netizen.
“Pergi klinik nak gugurkan anak ketiga, terus terdetik nak cancel sebab takut Allah murka. Masa tu tengah serabut. Anak-anak kecil lagi, kewangan pula tak berapa nak stabil.
“Teringat kes sembilan tahun lepas. Kalau ikut dulu memang terasa nak gugurkan atau bagi dekat orang senyap-senyap sebab tekanan daripada orang sekeliling.
“Dulu ada kes seorang ni pernah mengandung anak luar nikah, dia gugurkan. Lepas tujuh tahun kahwin, bila check rupanya dia ada masalah. Doktor kata dia memang susah nak mengandung,” demikian antara komen netizen.