RSS Suria

Amir Masdi bukan anggota tetap, tak campur kemelut Search

PENYANYI Amir Masdi enggan terlibat dalam kemelut yang sedang berlaku di antara anggota kumpulan Search ketika ini.

Amir atau Amir Syazwan Masdi, 28, sebaliknya hanya mahu memberi fokus kepada persediaan Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 29 Jun depan.

Bagaimanapun besar harapannya agar semua anggota Search dan bekas ahli kumpulan legenda itu dapat mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Snapinsta.app_440343377_18431208580023726_5547716621592417070_n_1080

Amir enggan masuk campur urusan Search.

“Mula-mula saya keliru apa cerita sebenarnya tapi itu urusan mereka, saya tak mahu masuk campur.

“Saya hanya jalankan tugas untuk konsert dan tidak ada tanda tangan sebarang kontrak sebagai ahli tetap kumpulan ini.

“Saya macam projek istimewa untuk konsert ini sahaja,” katanya kepada mStar.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mustahil kalau kita tak minta persetujuan†– Kid jawab isu royalti album, malu Search berbalah di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada keperluan bekas anggota guna nama sama, Search jenama patut dihormati

Bekas juara Akademi Fantasia 2016 ini bakal muncul bersama empat anggota Search iaitu Kid, Noordin, Denden dan Yan menerusi konsert tersebut.

Dalam pada itu, Amir berharap kerjasama yang dilakukan bersama Search dapat sokongan peminat memandangkan ini pertama kali dia melibatkan diri dalam konsert berskala besar.

Malah dia juga menjanjikan suatu kelainan dalam konsert tersebut menerusi lagu-lagu terkenal kumpulan Search.

Untuk konsert ini saya harap akan dapat peminat yang baru dan memperluaskan pengalaman saya.

AMIR MASDI

PENYANYI

“Untuk konsert ini saya harap dapat peminat baru dan menimba pengalaman lebih banyak.

“Sebelum ini hanya buat showcase dan ini peluang saya untuk beraksi bersama otai dalam industri muzik.

“Janji saya untuk peminat adalah mahu beri nafas berbeza dalam lagu-lagu Search dengan cara dan gaya tersendiri,” ujarnya.

Snapinsta.app_441541519_18437139466023726_7010141962348052916_n_1080

Harap lebih dikenali selepas sertai konsert Search Gemuruh.

Sebelum ini, vokalis Search iaitu Datuk Amy meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Noordin dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid’Din Collection tanpa pengetahuan anggota lain.

Kata Amy, tindakan mereka disifatkan keterlaluan, sekali gus tidak menghormati perjuangan kumpulan rock legenda itu.

Malah Amy turut mempersoalkan royalti album yang sepatutnya menjadi hak bersama anggota lain termasuk Nasir, Man dan Hillary.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top