RSS Suria

Remaja perempuan rasa ‘kotor’, ketagih video lucah sejak usia 8 tahun! Lepas nampak ibu bapa berasmara, terus cari ‘online’

PENGGUNAAN gajet dalam kalangan kanak-kanak membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Perkara itu diakui sendiri seorang gadis berusia 18 tahun yang mendedahkan dia mengalami ketagihan pornografi sejak kecil.

Menerusi perkongsian di platform X, gadis itu berkata dia mula menonton video lucah selepas diberikan gajet seawal usia lapan tahun.

gajet 3

Ibu bapa tidak sepatutnya memberi gajet kepada anak-anak yang masih kecil. -Gambar hiasan

“Semua ni bermula sebab mak abah bagi aku main telefon masa umur lapan tahun. Aku mula cari video lucah masa umur lapan tahun.

“Aku ketagih video lucah pula sejak umur 10 tahun. Mula umur 11 aku dah ada gajet sendiri dan ketagihan video lucah jadi makin kuat.

“Boleh dikatakan hari-hari aku tengok video lucah,” ujar gadis itu sambil menambah dia cuba menghentikan ketagihan, namun mengakui sukar untuk istiqamah.

Jangan tukar baju atau bogel depan anak… kalau tidur sebilik, pisahkan.

GADIS KETAGIH PORNO

Selain penggunaan gajet yang tak terkawal, dia berkata tingkah laku ibu bapa di hadapan anak-anak juga boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah.

Dia turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapanya.

“Ibu bapa di luar sana, tolong jaga kelakuan depan anak. Budak cepat belajar dan rasa ingin tahu tu tinggi. Tak payah berasmara depan anak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah umur 64 tahun masih ketagih porno, aktif sembang nakal di Telegram! Sisi gelap bapa alim terbongkar lepas anak pinjam telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari tak tidur malam, cikgu ‘gatal’ jawab dakwaan curi, sebar gambar gadis di grup porno

“Budak ni sifat dia memerhati dan menyoal dalam otak. Aku dulu macam tu la. Janganlah mandi dengan anak kalau umur dia dah cukup besar untuk mandi sendiri.

“Jangan tukar baju atau bogel depan anak. Kalau tidur sebilik, pisahkan. Kalau anda berasmara, anak tahu sebenarnya. Esok dia search online,” katanya.

Akhir bicara, dia mengakui kesal dengan ketagihan yang dialami dan berharap ibu bapa lain cakna terhadap penggunaan gajet anak-anak mereka.

Cover photoshoot about young people watching porn. RAYMOND OOI/ The Star

Menonton video lucah boleh menyebabkan seseorang ketagihan onani. -Gambar hiasan

“Sebenarnya budak-budak tak boleh bagi sangat teknologi sebab boleh salah guna. Kalau nak bagi, mak ayah kena beri pemantauan ketat.

“Kita tak tahu apa anak tengok di belakang kita. Aku kalau boleh undur masa, aku nak jadi budak biasa, tak nak tahu semua benda ni, aku rasa kotor,” ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top