RSS Suria

Loghat KL pekat sangat, peminat cringe dengar Meerqeen cakap bahasa Indonesia

PERCUBAAN pelakon Meerqeen untuk bercakap dalam bahasa Indonesia nampaknya tidak berjaya menambat hati peminatnya.

Mana tidaknya Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen, 23, dilihat cuba bertutur dalam bahasa Indonesia menerusi drama berjudul Modus Operandi namun kelihatan kaku dan dibuat-buat.

Malah cara dia menuturkan dialognya masih jelas kedengaran slanga bahasa Melayu.

merr1

Antara babak Meerqeen bertengkar dengan teman wanitanya.

Menerusi video yang tular di platform X, Meerqeen memegang watak sebagai Ben dilihat bertengkar dengan teman wanitanya.

Malah netizen juga berpendapat reaksi Meerqeen juga kurang sesuai dengan babak berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang malu melihat gaya percakapan Meerqeen di dalam drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bijak adik Meerqeen, dapat 9A SPM… Seronok satu keluarga berkumpul tengok ‘result’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Meerqeen sokong Palestin, tak lupa bagi sumbangan… Enggan isu boikot ganggu fokus kerja

Namun ada yang memujinya kerana berani menyahut cabaran dalam membawa kelainan dan berharap dapat berlakon lebih banyak drama di Indonesia.

“Jujurnya rasa ‘cringe’ dengar cara dia bercakap dalam bahasa Indonesia. Kenapa tak cakap bahasa Melayu saja?

“Cukup ketua kami malu! Pekat betul loghat KL dia.

meerqeen 2

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

“Tak salah kalau dia nak cakap KL saja, artis Indonesia pun ramai cakap bahasa dia orang.

“Itu namanya dia sahut cabaran. Yang penting dia mencuba,” antara komen netizen.

Modus Operandi dihasilkan pada tahun 2022 ketika Meerqeen meriah populariti menerusi drama Melur Untuk Firdaus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top