RSS Suria

Haneesya Hanee tiada ‘job’ sejak menang anugerah, ibu terpaksa gadai barang kemas teruskan kehidupan

PELAKON Haneesya Hanee mendedahkan dia berdepan masalah kewangan susulan tidak mempunyai sebarang pekerjaan sejak awal tahun ini.

Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 24, berkata, disebabkan itu juga ibunya terpaksa menggadaikan barang kemas miliknya demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Jelasnya, dia mula kurang menerima tawaran berlakon sejak memenangi trofi Artis Wanita Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) lima tahun lalu.

hanee 4

Ibu jadi sumber kekuatan buat Haneesya.

“Saya memang tak ada kerja. Ada pun cuma cameo dalam drama, itu pun dalam sebulan cuma ada satu.

“Bukan tak bersyukur malah saya seronok bawa watak cameo cumanya tahun ini lebih sukar.

“Lepas saya menang ABPBH pada 2019 lagi susah nak dapat sebarang tawaran,” katanya kepada mStar.

Haneesya berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media sempena Hari Ulang Tahun TV3 ke-40 pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak dalam kelab malam buat Haneesya Hanee trauma, bimbang netizen ungkit kisah lama

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee bukan wanita bersama Aliff Aziz dalam bas, pelik nama kena petik netizen – “Aku ada kereta sendiriâ€

Dalam pada itu, Haneesya terharu dengan pengorbanan ibunya iaitu Nor Sakuraneeda, 53, yang sanggup menggadai barang kemas miliknya.

Enggan mendedahkan jumlah keseluruhan barang kemas yang digadai, Haneesya memberitahu jumlahnya terlalu banyak sehingga wujud rasa bersalah dalam dirinya.

Bagaimanapun katanya, ibunya sering memberitahu dia tidak kisah kerana barang kemas yang dibeli memang sebagai wang kecemasan.

Kira itu pelindungan buat dia dan anak-anak.

HANEESYA HANEE

PELAKON

“Dia selalu cakap barang kemas yang anak-anak beli bukan untuk dia. Dia hanya pakai saja tapi emas itu untuk menjamin masa depan anak-anak dia.

“Dia macam kalau anak perlukan duit hanya ambil dalam kotak itu… tiada masalah. Kira itu pelindungan buat dia dan anak-anak,” kongsinya.

Namun dia berhasrat ingin menggantikannya kembali apabila ekonominya sudah pulak kelak.

Berkongsi lebih lanjut, Haneesya berkata masih tercari-cari punca sebenar dirinya kurang menerima tawaran berlakon.

hanee 2

Haneesya tidak letak harga mahal selepas menang anugerah.

Bagaimanapun dia menyangkal dakwaan dirinya meletakkan harga tinggi selepas menang anugerah.

“Saya pun masih lagi mencari jawapan kenapa saya tak dapat tawaran lepas menang.

“Mungkin mereka fikir saya ‘demand’… itu pun orang cakap dekat saya,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top