RSS Suria

Fify Azmi lembut orangnya, cuma terbawa-bawa watak tomboi

SERING diberikan watak seorang wanita yang lasak dan kasar, pelakon Fify Azmi pernah dicop sebagai tomboi.

Fify atau Nor Afiqah Mohamed Azmi, 34, bagaimanapun tidak selesa dengan perkara itu kerana apa dipaparkan dalam drama lakonannya hanya sekadar watak.

“Dah biasa kena cop macam tomboi sampai ada orang sangka itu memang karakter diri saya yang sebenar.

fify 1

Fify hanya terbawa-bawa watak ketika di luar.

“Tidak saya bukan tomboi dan apa yang anda tonton hanya sekadar lakonan semata-mata,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fify berkata, disebabkan perkara itu juga ada melayaninya seolah-olah dia seorang lelaki kerana menyangka personalitinya sebegitu.

Sering diberikan watak sedemikian, Fify tidak menafikan adakalanya dia terbawa-bawa dengan personaliti itu namun menegaskan dia seorang wanita lemah lembut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pernah berkawan rapat, Fify Azmi ‘unfollow’ lepas tahu Syazwan Zulkifly sudah ada kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fify Azmi bukan songsang… mengaku pernah beberapa kali putus cinta – “Mama tahu anak dia ni macam manaâ€

“Dulu saya selalu fikir kata-kata orang ingat saya ini tomboi. Bila mereka berbual dengan saya pun lagaknya macam ‘abang-abang’.

“Tapi sebenarnya saya terbawa-bawa watak itu… Kadang-kadang sampai sebulan baru hilang perwatakan kasar,” jelasnya.

Sedar kebanyakan watak diterima menjurus ke arah wanita tomboi namun Fify menganggap ia sebagai rezeki.

fify 3

Fify harap semakin ramai pelakon wanita mampu bawa watak lasak.

Pun begitu, besar harapannya agar lebih ramai pelakon wanita di Malaysia diberikan peluang melakonkan watak aksi kerana industri seni Malaysia masih ketinggalan tentang perkara itu.

“Hampir semua lakonan saya melakonkan watak tomboi. Sebagai pelakon saya tak boleh kata apa-apa sebab saya pun tak boleh sesuka hati memilih watak.

“Saya anggap ini sebagai rezeki cuma harapan saya kita dapat ramaikan lagi pelakon aksi wanita sebab jarang ada,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top