RSS Suria

Mental sedikit goyah gara-gara mulut ibu… Individu ini cuba bertahan, asyik disindir dapat SPM 10A tapi gaji kecil

SUDAH hampir seminggu sejak keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan pada 27 Mei lalu, namun media sosial masih meriah dengan perkongsian warga maya mengenai kisah serta kenangan masing-masing.

Tidak terkecuali bagi seorang pelayar ini yang turut berkongsi luahannya di laman X.

Biarpun bukan salah seorang daripada batch SPM 2023, namun dia turut terkena tempias apabila ibunya mengungkit keputusan peperiksaannya yang diambil 10 tahun lalu.

“Hari ini mak aku tengok artikel pasal ramai pelajar cemerlang gagal dalam dunia pekerjaan.

“Kemudian dia forward dekat aku dan kata… macam hang la ni. Padahal SPM aku 10 tahun lepas.

“Iya aku dapat 10A tapi sekarang gaji cuma RM2,500,” tulisnya dalam ciapan di laman sosial berkenaan.

spm

Kejayaan meraih keputusan yang cemerlang dalam SPM menjadi pembuka jalan untuk berjaya dalam dunia pekerjaan. -Gambar hiasan

Pelayar tersebut bagaimanapun tidak memperincikan pekerjaannya namun mengakui mesej yang diterima daripada ibunya sedikit sebanyak membuatkan hatinya tersentak.

“Doakan aku kuat mental setelah lama bertahan,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tengok budak kelas tercorot ambil slip keputusan SPM, gempak daripada dijangka!

ARTIKEL BERKAITAN: Sangat positif, tiada kekesalan! Remaja gagal semua subjek SPM beri sebab tak perlu risau, yang penting ada ‘progres’

Ciapannya meraih lebih 1,100 ulang kicau selain dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya menzahirkan rasa simpati dengan situasi yang dialaminya dan melontarkan kata-kata semangat buat pelayar berkenaan.

Aku pun kena macam ni juga. Awal-awal terasa, sekarang malas nak ambil port dah.

NETIZEN

“Moga mental hang kuat. Wang ringgit ni hanya antara rezeki yang kita dapat. Bukan satu-satunya. Kita tak tahu apa yang berlaku masa depan. Izin Allah, tiba masa kita job hopping or naik pangkat, gaji naik ke. Tak pun, umur kita panjang ke, dapat jodoh baik, anak-anak bijak.

“Semoga anon diberikan gaji setimpal suatu hari nanti dan dapat membantu keluarga. Amin.

“Sepuluh tahun lepas means umur anon ni baru 27. I guess baru dua, tiga tahun kot kerja after degree. Jangan cepat down. Anggap je ini pembakar semangat untuk develop your career,” demikian komen netizen.

komen mak

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi pengalaman dan menasihatkan pelayar berkenaan agar tidak mendedahkan maklumat peribadi membabitkan pekerjaannya kepada orang lain.

“Lepas ni jangan beritahu siapa-siapa pun berapa gaji you. Biar tak ada siapa judge. Semoga you kuat!

“Aku pun kena macam ni juga. Awal-awal terasa, sekarang malas nak ambil port dah. Dah dewasa ni, aku nak hidup tenang dan rasa cukup je dengan semua hal rezeki aku.

“Aku siap jadi tokoh pelajar lagi, end-up sekarang kerja biasa je tapi tetaplah bersyukur apa adanya,” komen mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top