RSS Suria

Tengah makan, staf kafe biadab arah pindah meja! Pengurus ‘sogok’ air free demi ampu pelanggan kereta mewah

KETERUJAAN dua pelanggan yang sedang menikmati hidangan di sebuah kafe terbantut apabila berdepan dengan pekerja yang didakwa bersikap biadab.

Mana tidaknya, sedang mereka berdua makan tiba-tiba diarah berpindah meja!

Begitulah layanan buruk yang diterima dua pelanggan ketika makan malam, sebagaimana yang didedahkan di laman sosial.

“Masa makan malam tadi, tengah aku dengan teman sedap-sedap makan, tiba-tiba staf kafe datang minta aku tukar meja.

“Alasan sebab ada group nak datang dan katanya pelanggan regular mereka,” dakwanya menerusi satu hantaran di laman X.

Night view of the people eating along jalan sultan near Petaling street in Kuala Lumpur —SHAARI CHEMAT /The Star

Pelanggan sedang menikmati makan malam. -Gambar hiasan (SHAARI CHEMAT)

Terkejut dengan arahan yang dikeluarkan, pelanggan lelaki itu bertanya sama ada meja tersebut sudah ditempah oleh pengunjung berkenan atau tidak.

“Dia (staf) kata tak ada. Jadi, aku jawablah ‘adakah itu masalah saya?‘. Dia hanya jawab group tu adalah pelanggan regular mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 sekeluarga kempunan nasi ayam gara-gara ‘peraturan’ tak boleh sambung meja! Nak makan juga kena duduk berpisah, bil asing

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah perut lapar, peniaga pula biadab! Pelanggan terkedu disindir tauke restoran, pesanan nasi goreng disuruh ambil esok

“Kemudian datang pengurus kafe dan mencadangkan meja yang lain dengan pemberian minuman percuma untuk kami berdua. Aku tak hadap pun air percuma tu, hanya kerana pengurus tu ada budi bahasa yang sangat baik,” ujarnya.

Tanpa mendedahkan lokasi kafe, lelaki itu bagaimanapun bersetuju untuk berpindah ke meja makan lain di premis tersebut.

Media preview of hotel's Deepavali high tea buffet and set meals at Oakwood Hotel and Residence Kuala Lumpur. — FAIHAN GHANI/The Star

Seorang petugas menguruskan hidangan di sebuah restoran. -Gambar hiasan (FAIHAN GHANI)

Perasaan geramnya tidak terhenti setakat itu kerana seorang pelanggan daripada kumpulan pelanggan ‘regular‘ tersebut datang ke meja dengan sikap biadab.

“Tak ada budi bahasa untuk cakap terima kasih atau buat muka macam kau owner kafe tu. Aku rasa macam nak pijak-pijak je muka kau dik.

“Kau ingat aku datang situ minta sedekah makan percuma ke? Tak payah nak ‘acah-acah’ sangat. Kau rasa kau pakai A class tu dah boleh riak dengan aku ke?

“Silap-silap hutang sembilan tahun (pinjaman bank) pun tak settle lagi,” katanya yang merujuk pelanggan itu datang ke kafe dengan menaiki kereta mewah jenis Mercedes.

Patut kena blacklist tempat macam tu.

NETIZEN

Menurut pelanggan itu, dia kemudian meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengurus tersebut.

“Pengurus tu minta maaf. Pelanggan yang datang tanpa tempahan itu pada awalnya sebenarnya mahu meja tersebut disambungkan dengan meja lain,” katanya lagi.

Asian waiter receiving cashless payment via mobile phone

Pekerja restoran harus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. -Gambar hiasan

Dakwaan layanan buruk daripada pekerja restoran itu ternyata mengundang kemarahan netizen dan menegaskan pelanggan tersebut sepatutnya mempunyai hak.

“Kalau aku la, kalau belum order apa-apa, aku cancel je. Atau, kalau dah order pun aku cancel juga. Memang tak akan ke situ lagi.

“Biadab, tengah makan kena pindah meja. Kalau makanan belum sampai, boleh dipertimbangkan. Patut kena blacklist tempat macam tu.

“Aku tak bangun kalau meja tu bukan under reservation. Pengurus tu kena uruskan bagaimana nak perjelas pada regular customers mereka.

“Sebenarnya tak payah pindah meja, itu hak kamu sebagai pelanggan, siapa cepat dia dapat. Kalau aku owner, akan layan semua pelanggan sama rata tak kira orang tu naik Axia, Mercedes, atau helikopter,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top