RSS Suria

Wanita batal majlis, bakal suami kena tangkap basah seminggu sebelum nikah! Bengang BFF sanggup rahsia kecurangan

SAKIT gara-gara putus cinta sahaja sudah membuatkan seseorang kemurungan, apatah lagi apabila terpaksa membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir kerana pasangan curang.

Seorang wanita nekad membatalkan majlis seminggu sebelum hari bahagianya berlangsung, selepas bakal suaminya ‘kantoi’ meniduri wanita lain.

Ex saya kantoi curang. Tidur dengan perempuan lain. Faham tak perasaan tiba-tiba kakak ex saya call beritahu yang ex saya kena tangkap basah dekat rumah.

“Rumah yang kitaorang berdua plan nak duduk after nikah,” kongsinya.

Namun ‘kesakitan’ yang dialaminya menjadi dua kali ganda apabila mengetahui sahabat baiknya sendiri merahsiakan kecurangan bakal suami biarpun mengetahui perkara tersebut lebih awal.

curang 2

Banyak kes kecurangan yang dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

“Bila saya beritahu BFF, respon dia ‘Oh dia memang dari last year macam tu’. Apa yang awak maksudkan dari tahun lepas?

“Rupanya BFF saya pernah nampak ex saya jalan peluk-peluk dengan perempuan lain dan dia tak pernah beritahu saya.

“Dia tidak pernah beritahu saya kerana dia fikir itu bukan urusannya. Saya tahu saya tidak sepatutnya mengharapkan apa-apa daripada seorang kawan tetapi…

“Saya dah habiskan duit buat majlis semua ni. Saya dah ikat perut untuk majlis bodoh ni bila hakikatnya saya boleh elakkan dari awal,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipuji tak ‘meroyan’ dapat tahu kekasih curang, bijak atur langkah… Sampai masa terus lapor sampai kena tangkap basah!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kantoi curang dengan jiran, siap sorok kekasih gelap dalam almari gara-gara panik suami pulang mengejut!

Biarpun hati benar-benar sakit dengan pengkhianatan bekas kekasihnya, namun kesakitan yang dirasakan tidak terbanding apabila diperlakukan sedemikian rupa oleh sahabat baik sendiri.

“Saya rasa macam ditikam belakang dua kali. By him and by my friend.

“Lelaki tu memang saya dah ‘persetankan’. Malas nak fikir. Tapi BFF saya sendiri babe. Saya tak mahu bercakap dengan dia lagi.

“Tapi saya tak tahu kalau ini perasaan impulsive saya atau benda ni valid. Kalau awak kawan saya, adakah awak akan beritahu saya?

“Boleh kan kalau saya expect kawan saya wajib beritahu kalau laki saya (berperangai) syaitan?” luahnya lagi dalam satu hantaran di laman X.

BFF kalau tak beritahu bakal kau syaitan bertopengkan manusia, maka dia tak layak dapat title BFF.

NETIZEN

Perkongsian wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi dengan ada sebahagian netizen berpandangan sahabatnya mungkin tidak mahu dijadikan punca kepada perkara yang lebih buruk.

“Ada sesetengah kes, bila BFF beritahu dikatanya jealous. Ada pula fitnah BFF ni kata nak dekat boyfriend dia. Sebab bila tengah fasa honeymoon ni, orang beritahu yang betul pun tak percaya. Serba salah jadinya.

“Dulu aku pun pernah jujur dengan kawan sendiri yang boyfriend dia tu problem. Akhirnya aku yang dipersalahkan dan diaorang elok je get back. Since hari tu malas dah nak masuk campur,” komen netizen.

komen curang

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Namun ada yang berpandangan sebaliknya dengan menyifatkan seorang sahabat baik perlu bersikap jujur dan berterus terang apatah lagi membabitkan perkara serius.

“Itu bukan BFF. BFF akan bercakap benar walaupun ia menyakitkan kerana dia mengambil berat tentang awak dan mahukan yang terbaik untuk awak.

“BFF kalau tak beritahu bakal kau syaitan bertopengkan manusia, maka dia tak layak dapat title BFF.

“Eh BFF mana sanggup nak biar kawan dia kahwin dengan syaitan? The real BFF bila dia akan protect awak,” komen netizen lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top