RSS Suria

Azlee dikejarkan ke Institut Jantung Negara, kini ditempatkan di CCU

ANGGOTA kumpulan Senario iaitu Azlee dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.

Azlee dikejarkan ke IJN dipercayai akibat mengalami masalah berkaitan jantung dan ketika ini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) bagi mendapatkan rawatan.

Rakan baik pelawak itu, Ropie, 55, yang berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya memohon orang ramai agar mendoakan urusan Azlee dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari situasi menang-menang dalam soal bayaran, Azlee bukan bongkak tapi ada sebab tolak RM500

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat gift RM8,900 ketika live di TikTok, Azlee Senario bukan menggemis tapi hargai pemberian peminat

“Marilah sama-sama kita doakan semoga rakan artis Azlee Senario diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan,” katanya.

Ropie turut berkongsi tangkap layar gambar Azlee dipercayai ketika menerima rawatan dengan pelbagai wajar disambungkan ke badannya.

Sementara itu, mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan terkini Azlee.

Berita lanjut menyusul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top