RSS Suria

Zara Zya dibenarkan pulang selepas 18 hari di hospital, ambil cuti 2 bulan sebelum kembali berlakon

PELAKON Zara Zya meluahkan rasa lega apabila dibenarkan pulang selepas 18 hari menerima rawatan di hospital bagi membuang cyst dan fibroid.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, berkata, dia akan berehat selama dua bulan sehingga badannya benar-benar bersedia untuk kembali berkerja semula.

“Alhamdulillah saya sekarang dalam proses penyembuhan. Lega dapat balik rumah lepas 18 hari.

zz1

Zara jaga pemakanan bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

“Memang kena cuti dua bulan. Pergerakan pun sedikit perlahan tak boleh laju-laju… bercakap pun perlahan sebab macam mengah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lebih lanjut, Zara berkata dia turut menjaga pemakanannya ketika ini agar dapat membantu proses penyembuhan dirinya.

Malah akan mengikuti beberapa rawatan fisoterapi selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan pelbagai masalah kesihatan, Zara Zya bakal jalani pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa berkampung di hospital tapi Zara Zya masih sempat ‘lari’ selesaikan kerja

“Makan pun pantang lagi… saya makan benda rebus-rebus tanpa minyak. Mama saya buat soft diet macam nasi yang lembik.

“Tak boleh makan makanan keras nanti perut sakit,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zara juga meluahkan rasa syukur apabila beberapa tawaran lakonannya tidak dibatalkan disebabkan pembedahan yang dilakukan.

Kongsi Zara, pihak pengarah rela menunggunya sembuh sebelum memulakan penggambaran drama.

zara1 - 1

Pergerakkan Zara terbatas selepas lakukan pembedahan.

“Saya ada cakap mengenai keadaan saya dan tak boleh nak jalani penggambaran dalam waktu terdekat. Tapi mereka kata mereka tunggu.

“Alhamdulillahh mungkin itu rezeki saya… Hujung Julai macam itu saya akan mulakan semula. Tapi watak-watak yang slow bukan agresif,” ujarnya.

Pada 30 Mei lalu, selain menjalani pembedahan cyst dan fibroid, Zara juga memulakan rawatan bagi merawat sakit pada bahagian tulang belakang atau sindrom lumbar facet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top