RSS Suria

Bayar RM50 jika mahu berlakon dengan artis popular… Haji Zeel beri amaran kepada ‘scammer’ tipu bakat baharu

PRODUKSI Zeel Production memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak menggunakan nama syarikat berkenaan bagi tujuan aktiviti penipuan.

Ini selepas pemiliknya iaitu Fadzil Teh atau lebih mesra disapa Haji Zil mendapati wujud penipuan melibatkan bayaran yang perlu dilakukan sebelum diberikan tawaran lakonan.

Justeru itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih menerima aduan daripada orang ramai berhubung isu berkenaan.

zeel 1

Antara tangkap layar yang dikongsikan Haji Zil.

“Pihak Zeel Production tidak pernah memungut sebarang wang daripada orang awam untuk menjadi talent atau pelakon tambahan drama kami.

“Jika ada yang meminta wang dan membuat cubaan untuk memeras atas nama Zeel Production, sila laporkan kepada pihak kami dan kami akan membuat tindakan undang-undang,” katanya.

Zil berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan tangkap layar perbualan individu tidak bertanggungjawab itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelakon sibuk tanya bayaran, pengarah pula tak baca skrip!†– Penerbit Haji Zeel tanggung rugi drama tak menjadi

ARTIKEL BERKAITAN: Artis berkira, liat promosi drama kena ‘blacklist’… Haji Zil rela bagi peluang pelakon ‘kayu’ – “Bukan keluar modal, kau jentik je guna jariâ€

Dalam perbualan tersebut, individu berkenaan meminta mangsa membuat tarnsaksi sebanyak RM50 dalam talian bagi memudahkan urusan berkenaan.

Individu berkenaan juga menjanjikan bakal berlakon dengan ramai artis terkenal sekiranya bersetuju dengan tawaran berkenaan.

Dalam pada itu, Zil memberitahu pihaknya tidak melantik mana-mana individu dalam pencarian pelakon tambahan.

553 (11)

Zil minta orang ramai agar tidak terpedaya dengan scammer.

Malah segala pencarian bakat baharu akan diuar-uarkan menerusi media sosial rasmi mereka.

“Pihak kami tidak pernah mempunyai mana mana pihak ketiga untuk mencari pelakon tambahan kecuali pihak yang telah dilantik untuk setiap project.

“Jika anda ingin menjadi bakat atau talent atau pelakon tambahan di bawah Zeel Production. Nantikan pengumuman rasmi nanti. Terima kasih,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top