RSS Suria

Berlakon sejak usia 6 tahun, Muntazar Ghufran tak tergugat kehadiran hero baharu… Cuba nasib kerja belakang tabir

PERCAYA pada rezeki, pelakon Muntazar Guffran tidak tergugat dengan kehadiran ramai hero baharu walaupun dia sudah mula melibatkan diri dalam dunia seni seawal usia enam tahun.

Muntazar atau Muhammad Muntazar Gufran, 21, percaya akan tiba masa untuknya kembali bersinar dan paling penting dia tetap berusaha memperbaiki mutu lakonan.

“Ramai pelakon muda lebih dikenali dan saya percaya itu semua rezeki masing-masing. Kalau bukan sekarang mungkin rezeki saya akan datang satu hari nanti.

“Sekarang ini juga stesen televisyen perlukan muka-muka baru untuk karakter yang sesuai. Saya sentiasa berusaha dan berdoa yang terbaik dalam bidang ini,” katanya kepada mStar.

Muntazar tidak pernah berputus asa membina kerjaya dalam dunia seni.

Muntazar tidak pernah berputus asa membina kerjaya dalam dunia seni.

Tidak hanya menanti tawaran datang bergolek, Muntazar juga memberitahu dia juga banyak mempersiapkan diri dengan ilmu kerja-kerja di belakang tabir.

Muntazar juga tidak kisah bermula dari bawah kerana apa paling penting dia dapat mengutip ilmu.

“Saya juga sekarang mula belajar melakukan kerja-kerja belakang tabir sebab mahu mencuba perkara baru dan mengutip ilmu yang saya percaya ada gunanya pada masa depan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beza 7 tahun bukan penghalang, Muntazar Gufran dan Saidah Kamarudin nikah tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi ruang peribadi, Gambit Saifullah berehat panjang selepas selesai penggambaran

Bagaimanapun kata Muntazar, dia belum terdetik meninggalkan bidang seni kerana kerjaya itu sudah sebati dengan dirinya.

Muntazar memberitahu dia bergelar pelakon bukan sebab mengejar populariti sebaliknya lebih berharap setiap lakonannya dapat memberi manfaat kepada penonton.

“Jika saya tak bergelar pelakon pun saya akan teruskan kerjaya dalam bidang ini. Siapa tahu satu hari nanti saya boleh bergelar pengarah.

“Saya sudah berlakon sejak usia enam tahun dan populariti bukan apa yang saya kejar tapi apa boleh saya sumbangkan kepada masyarakat?

muntazar 33

Muntazar mula berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir.

“Berlakon, bekerja belakang tabir atau apa sahaja yang kita lakukan, minat memang kena ada,” katanya.

Pun begitu, Muntazar sedar kepentingan kehadirannya dalam industri disedari ramai dan disebabkan itu dia memanfaatkan media sosial bagi mempromosikan diri.

“Platform media sosial cara terbaik untuk terus buat orang kenal dan tahu saya masih berlakon. Sebab itu saya gunakan platform itu sebaik mungkin.

“Sebelum ini saya hanya fikir berlakon dan drama akan ditayangkan di televisyen tetapi sekarang kita juga kena melihat kepentingan media sosial,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top