RSS Suria

Abang gaji tinggi tapi kedekut dengan ibu! Selepas kantoi simpan ‘cash berkepuk’ di rumah, terus pergi bank in

MENJANGKAU usia dewasa, sudah menjadi tanggungjawab anak untuk berbakti kepada ibu bapa yang bersusah payah membesarkan kita sejak bayi.

Namun dalam hal ini, kita sering mendengar ungkapan ‘seorang ibu boleh menjaga 10 anak dengan baik tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu mereka’.

Seorang wanita tampil menceritakan sikap abang sulungnya menerusi satu hantaran di laman X, yang mana lelaki itu kini tinggal bersama ibu setelah bapa mereka meninggal dunia.

Wanita itu berkata, dia adalah anak bongsu dalam keluarga dan sudah mempunyai keluarga sendiri serta tinggal berasingan dengan ibu.

Ganjaran pahala besar dijanjikan buat anak-anak yang menjaga ibu bapa. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, wanita berkenaan berkata abangnya sudah berumur 40-an, bekerja di sektor kerajaan dan masih bujang.

Gaji abangnya mencecah RM4,000 sebulan dan dia tiada sebarang hutang atau komitmen menyebabkan dia berfikir pemuda itu tiada masalah kewangan, lebih daripada mampu untuk menyara seorang ibu.

Namun situasi berlaku sebaliknya apabila ibu pula yang perlu menyara abangnya menggunakan wang pencen malah perlu memasak serta menyediakan bekal untuk dibawa ke pejabat.

Situasi ini menyebabkan dia membenci abang sendiri dan melihat lelaki itu tak ubah seperti ‘lintah darat’.

“Bulan-bulan dia cuma bagi RM200 dekat mak untuk beli barang dapur tapi itu pun dia sendiri yang habiskan. Mak la yang kena masakkan bekal dia hari-hari pergi kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak berhenti kerja jaga ibu lumpuh, banyak buat research sendiri demi mudahkan penjagaan – “Apalah sangat kepenatan saya niâ€

ARTIKEL BERKAITAN: 8 anak hantar mak ke rumah orang tua, seorang pun tak pergi jenguk! Si ibu tak pernah burukkan zuriat sendiri hingga akhir hayat

“Urusan berkaitan dengan rumah, semua mak yang uruskan dengan peninggalan pencen yang tak seberapa.

“Sabun mandi, ubat gigi, syampu pun dia tak pernah beli sendiri ya, apa mak aku beli itulah nanti dia lenjan sampai habis,” kata si adik.

Walaupun begitu, wanita ini berkata dia tetap memberikan wang kepada ibu secara bulanan untuk membantu meringankan bebannya.

Kalau mak minta memang kena tengking, kena jerit dengan abang.

ADIK

“Abang aku? Kalau mak aku minta memang kena tengking, kena jerit.

“Aku benci sebab dia banyak susahkan mak aku dan langsung tak jalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung,” katanya.

Bercerita lanjut, katanya, sikap kedekut abangnya begitu ketara apabila dia dan ibu pernah terjumpa wang tunai anggaran RM7,000 yang disembunyikan ketika mereka sedang mengemas rumah.

“Itu pun cepat-cepat dia pergi bank sebab kantoi masa kitaorang kemas rumah.

“Tapi belanja mak makan luar pun tak pernah. Korang lelaki tolonglah jangan jadi dayus macam ni,” katanya.

Antara komen netizen

Di ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya banyak memberikan nasihat buat wanita itu untuk berbincang dengan abangnya.

Tidak kurang juga mereka yang kurang berpuas hati dengan sikap si abang yang begitu kedekut dengan ibu sendiri yang telah banyak berkorban untuk anak-anak selama ini.

“Percayalah satu hari nanti bila abang awak sakit, semua duit itu hilang.

“Sebab itulah abang anon masih single.

“Bawa mak duduk dengan kau la. Abang tu dah tua bangka pandai-pandailah hidup seorang,” kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top