RSS Suria

Bapa tak peduli Fabio Asher sejak kecil, kena ‘block’ selepas lancar lagu kisah keluarga

PENYANYI Fabio Asher mendedahkan hubungan dengan bapanya semakin renggang selepas dia melancarkan video muzik (MV) lagu berjudul Berharap Kau Kembali.

Kata Fabio, 31, dia tidak lagi dapat berhubung dengan bapanya itu selepas disekat (block) di sosial media hanya kerana berkongsi kisah sebenar yang dilalui sejak kecil.

Bagaimanapun paparan dalam MV berkenaan bukanlah bertujuan menyinggung perasaan bapanya.

fabio 2

Fabio kongsi kisah peribadi dalam lagu.

“Sejak usia tujuh tahun sehingga sekarang saya tidak pernah merasa kasih sayang seorang bapa. Ibu saya yang melalui kisah lebih berat ketika dia ditinggalkan.

“Jadi saya kongsikan cerita tentang ibu saya. Juga perasaan ketika ibu saya meninggal dunia. ia tentang apa yang saya rasakan sejak kecil, tetapi konteksnya bukan untuk menjatuhkan.

“Mungkin kerana ayah melihat video muzik it, dia block saya di semua sosial media sehingga hari ini,” katanya dalam satu temu bual.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya bekas pengawal keselamatan ugut mahu sebar video Ria Ricis, sakit hati kena pecat

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dah dapat restu orang tua, Luna Maya dan Maxime sudah bersedia melangkah fasa perkahwinan

Lagu ciptaan Fabio itu mula dilancarkan pada Februari lalu dan dalam MV berkenaan dia menampilkan watak seorang ibu, bapa serta anak menggambarkan kehidupan yang diinginkan.

Berkongsi lanjut penyanyi ini juga menganggap dirinya seperti keseorangan meskipun masih memiliki sosok seorang bapa.

“Saya rasa sudah seperti anak yatim piatu kerana ayah tidak pernah peduli tentang saya. Ibu pula sudah meninggal dunia sejak 2016.

“Saya mengimpikan mahu memiliki keluarga yang baik dan berharap ia akan terjadi. Namun rasanya ia mustahil berlaku,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top