RSS Suria

Faham kepayahan besarkan anak-anak, Hanis Zalikha tak ‘judge’ individu tak mahu zuriat

SEBAGAI ibu kepada dua orang cahaya mata, pelakon Hanis Zalikha berpendapat memiliki cahaya mata bukan sahaja pelengkap rumah tangga sebaliknya ia datang dengan komitmen tinggi.

Susulan itu, Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, tidak pernah menghakimi mana-mana individu yang enggan memiliki cahaya mata kerana memahami kepayahan dan cabaran membesarkan anak-anak.

“Sebab anak ini bukan sahaja penyeri hidup, susah sangat nak beri komitmen untuk besarkan mereka.

haniss - 1

Hanis tidak pernah menghakimi mana-mana individu yang tidak mahu memiliki zuriat.

“Mereka (anak-anak) memerlukan perhatian untuk menjalinkan hubungan antara ibu dan anak,” katanya.

Hanis berkongsi perkara itu sebagai menjawab soalan diutarakan pengikutnya sama ada normal sekiranya seseorang itu tidak mahu memiliki zuriat.

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini bagaimanapun memuji individu tersebut yang disifatkan mempunyai pegangan dan perancangan dalam kehidupan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak lembut tapi sebenarnya Hanis Zalikha tegas didik anak… Ada cara tersendiri tegur dua cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: Masukan putik bunga dalam lubang hidung, Hanis Zalikha bergegas bawa anak ke unit kecemasan – “Mommy pandang ke lantai berderai bunga dari bungkusan tu”

“Tidak sebenarnya saya puji orang yang terus tahu sama ada dia nak atau tidak mahu memiliki anak.

“Tidak mengapa tak ada anak atau mempunyai anak ramai. Anda lebih tahu diri anda yang sebenarnya,” ujarnya.

Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan Hairul pada Jun 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 8, dan Alisa Aisyah yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top