RSS Suria

Bukan paksaan sesiapa, Ben Amir rela korban rambut panjang demi ‘Bawah Payung Awan’

DIKENALI dengan imej berambut panjang, pelakon Ben Amir terpaksa akur apabila perlu tampil rambut pendek bagi menjayakan watak Soleiman dalam drama terbaharu iaitu Bawah Payung Awan.

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak kisah menukar imej memandangkan ia sebahagian komitmen kerja sebagai pelakon.

“Bagi saya rambut itu adalah perkara utama dalam memberi impak kepada penampilan kita.

ben1 - 1

Ben tidak kisah memotong rambut pendek demi menjayakan watak Soleiman.

“Saya terpaksalah potong rambut, tak bolehlah sentiasa nak simpan rambut panjang. Kena berkorbanlah.

“Pada mulanya saya memang tidak suka (potong rambut) kerana lebih gemar berambut panjang tetapi disebabkan ia sebahagian daripada komitmen kerja, saya rela melakukannya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ben menafikan keputusan memotong rambut adalah permintaan pengarah sebaliknya memberitahu kebiasaannya dia dan pihak produksi akan berbincang terlebih dahulu penampilan watak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir belum jumpa wanita pandai buat ayam masak merah, bukan masalah hidup solo… Mahu kembara seluruh dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir sudah ambil kursus kahwin tapi lebih seronok hidup bujang… Suka wanita comel, minat pergi gim

“Biasanya dalam setiap projek saya akan berbincang dengan pengarah tentang karakter.

“Selalunya saya akan mencadangkan gaya potongan rambut bersesuaian dalam setiap drama atau filem yang dilakonkan.

“Saya akan rancang penampilan bersesuaian karakter. Jadi saya tidak kisah memotong rambut memandangkan watak drama seterusnya juga memerlukan saya berambut pendek,” ujarnya.

Selain Ben, drama Bawah Payung Awan turut dibintangi barisan pelakon termasuk Nabila Razali, Nelissa Nizam, Amyza Adnan, Riz Amin, Muaz Zabir dan Watie Sadali.

ben2 - 1

Ben digandingkan bersama Nabila dalam Bawah Payung Awan.

Bawah Payung Awan mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Widad (Nabila), Soleiman (Ben) dan Hanan (Nelissa) dibesarkan di sebuah kawasan setinggan yang menjadi sarang penjenayah.

Pelbagai konflik yang dihadapi oleh mereka yang masing-masing cuba untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Drama 30 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini sedang bersiaran di platform Viu sejak 13 Jun lalu setiap Khamis hingga Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top